Affin Bank
Affin Bank Berhad atau Affin Bank; (MYX: 5185) ialah bank di Malaysia yang dimiliki oleh Affin Group yang disenaraikan di dalam papan utama Bursa Malaysia.[3] PerihalLatar belakangAffin Bank memulakan operasinya pada bulan Januari 2001 selepas berlakunya pengabungan di antara 2 bank iaitu Perwira Habib Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada bulan Jun 2005, ia bergabung pula dengan Affin-ACF Finance Berhad[4]. Setakat ini bank ini mempunyai 115 buah cawangan seluruh negara[5]. Bangunan Ibu Pejabat yang dipanggil Menara Affin terletak di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Affin Group of Companies
Kesemua agensi kewangan dan agensi insurans yang disenaraikan di atas adalah merupakan rangkaian perbankan dan perkhidmatan insurans yang disediakan sepenuhnya oleh Affin Bank. Hak pemilikan Affin Bank Berhad oleh Kerajaan SarawakKerajaan Sarawak kini memuktamadkan perjanjian pemilikan hak perbankan serta pembelian saham utama Affin Bank Berhad, sekali gus menjadikan Kerajaan Sarawak sebagai pemegang sah saham majoriti terbesar, dengan pegangan saham sebanyak 31.25 peratus ke atas syarikat perbankan awam itu.[6] Kerajaan Sarawak bakal memperluaskan pembukaan bank baharu Affin Bank Berhad di seluruh daerah di Sarawak, dengan mensasarkan sebanyak 50 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad akan dibuka sepenuhnya di seluruh Sarawak menjelang tahun 2028. Oleh itu, sebagai permulaannya, sebanyak 17 buah bank cawangan baharu Affin Bank Berhad masing-masing bakal beroperasi di kawasan Kuching (8), Bau (1), Sri Aman (2), Betong (2), Sibu (2), Bintulu (1), dan Miri (1). Pelaksanaan pembukaan bank cawangan baharu Affin Bank Berhad ini sekaligus dapat menggantikan sepenuhnya lima buah institusi perbankan yang sudah ditamatkan operasi dan perkhidmatannya di wilayah Sarawak, iaitu HSBC Bank, Citibank, Alliance Bank, Bank Islam Malaysia, dan Bank Utama Berhad. GaleriBerikut adalah logo penjenamaan bank yang sedang dan telah digunakan sepanjang operasi, dengan menggunakan bunga raya sebagai identiti:[7][8] [9] Rujukan
Pautan luar
Information related to Affin Bank |