Aliran Fukutoshin (Tokyo Metro)
Aliran Fukutoshin Tokyo Metro (東京メトロ副都心線 , Tōkyō Metoro Fukutoshin-sen) atau juga dikenali sebagai Aliran 13 Aliran Fukutoshin (13号線副都心線 , 13-gōsen Fukutoshin-sen) merupakan salah satu aliran kereta api alihan laju yang terdapat di barat tengah Tokyo, Jepun. Aliran ini dikendalikan dan diuruskan oleh Tokyo Metro. Merupakan aliran terbaru dalam rangkaian kereta api bawah tanah Tokyo, ia dibuka secara berperingkat pada 1994 dan 2008. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran Fukutoshin ditunjukkan dengan warna perang (▉) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "F" (). Gambaran keseluruhanAliran Fukutoshin ialah aliran kereta api bawah tanah terdalam di Tokyo dengan purata kedalaman 27 meter (89 ka).[3] Di stesen Shinjuku-sanchōme, aliran ini melewatdi di bawah aliran Marunouchi dan di atas Shinjuku pada kedalaman 15 meter (49 ka), dengan selang hanya 11 sentimeter (0.11 m) ke terowong aliran Shinjuku.[3] Seksyen terdalamnya adalah di bersebelahan stesen Higashi-shinjuku, di mana aliran Fukutoshin berada 35 meter di bawah stesen, di mana sebahagian sebabnya adalah sebagai ruang simpanan bawah tanah untuk sambungan masa hadapan yang mungkin bagi Shinkansen Jōetsu ke Shinjuku.[3] Aliran ini juga adalah aliran Tokyo Metro kedua yang menyediakan perkhidmatan kereta api ekspres selepas aliran Tōzai. Walau bagaimanapun, tidak seperti aliran Tōzai (di mana perkhidmatan kereta api ekspres hanya ditawarkan di antara stesen Tōyōchō dan Nishi-funabashi), aliran Fukutoshin menyediakan perkhidmatan tersebut di sepanjang laluannya, iaitu yang pertama seumpamanya bagi Tokyo Metro. Kereta api ekspres melepasi kereta api tempatan di Higashi-shinjuku, di mana landasan tambahan dipasang bagi tujuan itu. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen bagi aliran ini. Kereta api aliran Fukutoshin beroperasi ke stesen Kawagoeshi di aliran Tojo Tobu dan stesen Hannō di aliran Ikebukuro Seibu. Dari 16 Mac 2013, aliran Tōyoko Tokyu berpindah untuk berkongsi di terminal Shibuya, yang membenarkan perkhidmatan pada aliran Minatomirai ke stesen Motomachi-chūkagai di Yokohama.[4][5] Sejak pembukaan di antara stesen Ikebukuro dan stesen Shibuya pada 14 Jun 2008, aliran Fukutoshin beroperasi sebagai aliran kereta api bawah tanah kendalian seorang di antara stesen Kotake-Mukaihara dan Shibuya, di mana pintu tabir platform tinggi dipasang pada platform stesen untuk membantu para pemandu kereta api.[6] Operasi kendalian seorang ini kemudan dipanjangkan dari stesen Kotake-Mukaihara sehingga ke stesen Wakōshi pada 28 Mac 2015[7], menjadikan aliran Fukutoshin sebagai aliran ketiga yang beroperasi di bawah kendalian seorang sepenuhnya selepas aliran Marunouchi dan aliran Namboku. Seperti kebanyakkan aliran Tokyo Metro yang lain, gerabak pertama bagi kereta api aliran Fukutoshin dikhaskan untuk wanita sahaja, sebelum dan ketika waktu puncak pagi. Pada waktu itu, hanya wanita, kanak-kanak sekolah rendah atau mereka yang lebih muda serta penumpang kelainan upaya (dan penjaganya) boleh menggunakan gerabak tersebut. StesenSecara keseluruhannya terdapat 16 buah stesen bagi aliran Fukutoshin dan stesen-stesen tersebut terletak di Bandaraya Tokyo. Kereta api tempatan berhenti di setiap stesen. Kereta api ekspres dan kereta api ekspres komuter berhenti di stesen yang bertanda "●" dan melewati stesen bertanda "|". Perkhdimatan kereta api ekspres yang bertanda "▲" hanya berhenti pada waktu hujung minggu dan cuti.
Stok kereta api
Rujukan
Pautan luar
|