Tokyo Metro
Tokyo Metro (東京メトロ , Tōkyō Metoro) merupakan salah satu daripada dua sistem transit aliran (sistem kereta api bawah tanah) yang terdapat di Tokyo, Jepun. Ia adalah sistem laluan bawah tanah yang paling banyak digunakan di dunia. Pada tahun 2014, Tokyo Metro mempunyai kadar purata penumpang harian seramai 6.84 juta orang manakala sistem yang lagi satu iaitu Kereta Api Toei (都営地下鉄 , Toei chikatetsu) pula mempunyai 2.85 juta penumpang sehari.[2][3] OrganisasiTokyo Metro dikendalikan oleh Tokyo Metro Co., Ltd. (東京地下鉄株式会社 , Tōkyō Chikatetsu Kabushiki-gaisha), sebuah syarikat swasta yang dimiliki bersama oleh kerajaan Jepun dan kerajaan Metropolitan Tokyo. Syarikat ini menggantikan Lembaga Transit aliran Teito (帝都高速度交通営団 , Teito Kōsokudo Kōtsū Eidan) atau lebih dikenali sebagai Eidan atau TRTA sejak 1 April 2004. TRTA telah ditadbir oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Jepun. Ia dibiayai bersama oleh kerajaan pusat dan metropolitan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1941 atau seawal 1927. Pengendali kereta bawah tanah yang lain ialah Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo (Toei), yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Tokyo. Kereta api Metro dan Toei membentuk rangkaian yang berasingan. Pas kereta api prabayar boleh bertukar ganti antara kedua-dua rangkaian. Namun tambang dinilai secara berasingan. KemudahanBanyak usaha dibuat untuk membuat sistem ini dapat memudahkan pengguna yang tidak boleh bertutur Jepun seperti:
Tokyo Metro sangat cekap kerana mempunyai kereta api tiba kurang dari lima minit. Ia beroperasi pada waktu siang dan malam. Walau bagaimanapun, ia tidak berjalan 24 jam sehari. Kereta api pertama amnya bermula pada 05:00. Tokyo Metro bersambung dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dan Lapangan Terbang Haneda dan Stesen Tokyo. Ia mempunyai pintasan ke aliran Asakusa dan Keisei Oshiage. Tokyo Metro turut mengekalkan sebuah muzium berhampiran Stesen Nishi-Kasai di aliran Tōzai yang dibuka pada 12 Julai 1986. Di muzium ini, terdapat beberapa buah kereta api lama yang pernah beroperasi di aliran Ginza dan Marunouchi. Aliran kereta apiTokyo Metro mempunyai sembilan buah laluan (aliran) kereta api dengan panjang keseluruhannya adalah 195.1 kilometer (121.2 bt).[1] Senarai aliran
A Catatan: Tidak termasuk jangkauan sepanjang 8.3 kilometer (5.2 bt) di antara Wakoshi dan Kotake-mukaihara, yang berkongsi dengan aliran Yurakucho.[1] Rujukan
Pautan luar
|