Anak mata
Anak mata (Jawi: انق مات ) atau pupil (Jawi: ڤوڤيل ) merupakan suatu bukaan atau lubang kecil yang berwarna hitam dan telus terletak di tengah iris mata di mana ia berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina.[1] Jumlah cahaya tersebut dikawal oleh otot-otot iris yang mengembangkan dan mengecilkan saiz anak mata.[2] Anak mata kelihatan berwarna hitam kerana sinar cahaya memasukinya sama ada ia diserap oleh tisu-tisu di dalam mata secara langsung, atau diserap selepas meresap pantulan dalam mata yang kebanyakannya terlepas keluar daripada anak mata yang sempit. Anak mata manusia berbentuk bulat manakala beberapa spesies lain seperti sesetengah kucing mempunyai anak mata dengan celah menegak, kambing dengan anak mata celah melintang dan sesetengah ikan keli memiliki jenis anak mata anulus.[3] ![]() Rujukan
Information related to Anak mata |