Anwaar ul Haq Kakar
Anwar-ul-Haq Kakar (Urdu: انوار الحق کاکڑ; Pashto: انوار الحق کاکړ ; lahir 1971) ialah seorang ahli politik Pakistan yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sementara Pakistan dari Ogos 2023 hingga Mac 2024. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai jurucakap Pemerintahan Negeri Balochistan dari 2015 hingga 2017. Kehidupan peribadiAnwaar ul Haq ialah zuriat kepada suku Kakar daripada bangsa Pashtun, orang Pashtun banyak tersebar di Balochistan bahagian utara. Selain dari aktiviti politik, Kakar juga terlibat dengan pelbagai badan pemikir yang memformulakan keazaman luar negara Pakistan. Kakar ialah seorang pemerhati yang jeli terhadap geopolitik Asia Selatan, terutamanya pasang-surut hubungan Afghanistan-Pakistan . Beliau juga melawat di fakulti Kolej Komando dan Kakitangan, Quetta dan Universiti Pertahanan Nasional, Islamabad. Dalam lawatannya Kakar menyampaikan syarahan mengenai utamanya membina Hubungan Antarabangsa dalam satu Kerajaan/Pemerintahan.[3] Selain pandai dalam politik, Beliau juga merupakan mertalig yang fasih dalam 6 bahasa iaitu: Pashto, Urdu, Parsi, Inggeris, Balochi dan Brahui.[3] Rujukan
Information related to Anwaar ul Haq Kakar |