Bruno Loerzer
Bruno Loerzer (22 Januari 1891 - 23 Ogos 1960) adalah seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) dalam Luftstreitkräfte Jerman semasa Perang Dunia I dan Luftwaffe semasa Perang Dunia II. KerjayaDilahirkan di Berlin, Loerzer merupakan seorang pegawai tentera darat sebelum perang yang belajar sebagai juruterbang pada tahun 1914. Hermann Göring terbang sebagai pemerhati Loerzer dari 28 Oktober 1914 hingga penghujung Jun 1915. Ditukarkan ke bahagian pejuang, Loerzer terbang bersama dua Jagdstaffeln pada tahun 1916 sebelum menyertai Jagdstaffel 26 pada Januari 1917. Pada waktu itu beliau telah mendapat dua kemenangan terhadap pesawat Perancis. Jumlahnya mencapai 20 kemenangan pada penghujung Oktober dan beliau mendapat Pour le Merite pada Februari 1918. Pada bulan yang sama, beliau mengambil alih pemerintahan Jagdgeschwader III yang baru dibentuk, iaitu "flying circus" (sarkis terbang) ketiga Jerman yang terkenal. Salah seorang Ace termasuklah adiknya Fritz, yang mendapat 11 kemenangan. Memimpin Jasta 26 dan tiga skuadron lain, dengan sokongan Hermann Dahlmann sebagai ajutan dan wingman, Loerzer membuktikan dirinya seorang wing komander yang berjaya. Dibekalkan dengan enjin baru BMW Fokker D.VII, JG III mencantas jalur yang luas menerusi formasi pihak Bersekutu pada musim panas 1918, dan skornya meningkat dengan baik. Beliau mencapai 10 kemenangan terakhirnya pada September apabila beliau mencecah skor terakhirnya 44 kemenangan. Sejurus sebelum gencatan senjata, beliau telah dinaikkan pangkat ke Hauptmann (kapten). Loerzer berjuang secara tidak tetap dengan unit separa tentera anti-komunis Freikorps dari Disember 1918 hingga Mac 1920, menyebabkan berlakunya keadaan huru-hara dan kejahatan di Jerman. Beliau memerintah FA 427 di kawasan Baltik, membantu Eiserne Division dalam peranan udara taktikal. Semasa tahun 1930an beliau merupakan pemimpin di beberapa organisasi penerbangan awam (National Socialist Flying Corps: NSFK), dan menyertai semula Luftwaffe pada tahun 1935 dengan pangkat Oberst (kolonel). Loerzer mendapat keuntungan daripada persahabatan lamanya dengan Göring, menjadi Inspektor Pasukan Pejuang dengan pangkat Mejar Jeneral pada tahun 1938. Semasa tahun-tahun permulaan Perang Dunia II, beliau merupakan Panglima II Fliegerkorps (Kor Udara), telah dikurniakan Knight Cross of the Iron Cross (Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes) pada Mei 1940. Kor II Udaranya terlibat dalam pecerobohan Rusia pada musim panas 1941, sebagai sebahagian daripada Armada Udara Ke-2 Kesselring—membantu Fieldmarshall von Bock. Unitnya telah dipindahkan ke Messina, Sicily pada Oktober 1941, dan beliau kekal disana sehingga pertengahan tahun 1943, apabila unitnya kembali ke tanah besar Itali. Göring menaikkan pangkat Loerzer ke Generaloberst pada 16 Februari 1943 dan pada 23 Februari dilantik sebagai Ketua Pejabat Perkhidmatan Anggota Luftwaffe (LP) merangkap Ketua Anggota Persenjataan dan pada Jun 1944 menjadi Ketua Staf Kepimpinan Nasional Sosialis Luftwaffe. Pada 20 Disember beliau telah digugurkan dari semua jawatan dan diletakkan dalam kumpulan pegawai simpanan namun pada 29 April 1945 beliau akhirnya bersara dari perkhidmatan tentera. Loerzer meninggal dunia pada tahun 1960, pada usia 69 tahun. Tarikh kenaikkan pangkat
Anugerah kebesaran
Rujukan dalam Wehrmachtbericht
RujukanPetikanBibliografi
Pautan luar
|