Dalian Airlines
Dalian Airlines Co Ltd ialah syarikat penerbangan yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dalian Zhoushuizi di Dalian, Liaoning, China . Syarikat itu dimiliki bersama oleh Air China, dengan melaburkan wang tunai sebanyak RMB 800 juta untuk memegang 80% saham dalam syarikat baharu itu, dan Dalian Baoshui Zhengtong Co, melaburkan sebanyak RMB 200 juta untuk baki 20%. Syarikat Penerbangan Dalian Airlines menyediakan perkhidmatan penumpang dan kargo. [2] Syarikat penerbangan itu melancarkan operasi pada Tarikh 31 Disember 2011. Status Syarikat dalam Pakatan Star Alliance
Tarikh BergabungData Kod
SejarahPada Tarikh 5 Julai 2011, CAAC, pengatur penerbangan awam China, memberi kebenaran kepada Syarikat Penerbangan Air China dan Dalian Baoshui Zhengtong Co untuk menubuhkan Syarikat Dalian Airlines Co Ltd. Ini berikutan perjanjian yang dicapai antara Syarikat Penerbangan Air China dan pemerintah Dalian pada Tahun 2010. Pemerintah Dalian telah menutup perjanjian serupa dengan Kumpulan HNA, Syarikat Induk Hainan Airlines, sebelumnya. Namun, kerana perselisihan antara kedua-dua pihak, kesepakatan itu dibatalkan selepas itu, dan membuka pintu peluang bagi Syarikat Penerbangan Air China.[4] Syarikat penerbangan itu telah melancarkan operasi komersial bermula pada Tarikh 31 Disember 2011; penerbangan pertamanya ialah dari Dalian ke Shenzhen.[5] Galeri Armada Syarikat Penerbangan Dalian Airlines (CA)
DestinasiSyarikat penerbangan ini akan melayani rangkaian domestik yang menghubungkan hab iaitu Dalian dengan semua ibu bandar wilayah di China, bandar pesisir, dan destinasi pelancongan. Di peringkat antarabangsa, Syarikat Penerbangan Dalian Airlines akan mengendalikan penerbangan ke Jepun dan Korea Selatan.[6] Laluan semasa disenaraikan di bawah (setakat Jun 2012): Senarai Destinasi (Versi Lengkap)
ArmadaSetakat Oktober 2019[kemas kini], Armada Syarikat Penerbangan Dalian Airlines merangkumi jenis Armada sebagai berikut:[7][8]
Rujukan
Lihat JugaPautan Luar |