Figures (kumpulan muzik)
Kumpulan Figures merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia, yang berasal dari Johor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Kemudian mereka menukar nama kepada Gravity selepas menerbitkan album pertama mereka.[1] Mereka merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman New Southern Records. Kumpulan Figures telah menerbitkan album Kalau Terpaksa bersama dengan seorang pencipta dan penerbit terkenal, A. Ali. Ini merupakan usaha pertama oleh A. Ali bagi menerbitkan album berkumpulan, kerana ini dia lebih dikenali sebagai penerbit bagi artis solo. Selain itu, albun ini turut mendapat sentuhan Habsah Hassan, yang turut menyumbangkan liriknya.[2] Kumpulan Figure pada awalnya bermula dengan dua orang ahli yang menganggotai kumpulan Venus Junior. Nama kumpulan Figure digunakan dengan penyertaan ahli ketiga. Kumpulan Figure juga merupakan salah satu dari beberapa kumpulan yang terpilih untuk merakamkan lagu dalam album Batu-Batu Perjuangan. Ahli-ahli
DiskografiKalau Terpaksa (1989)
Album
RujukanPautan luarInformation related to Figures (kumpulan muzik) |