Harun Salim Bachik
Haron Aminar Rashid bin Salim atau lebih dikenali sebagai Harun Salim Bachik (19 Mei 1959 – 8 Mac 2015) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Anak kepada seorang pelakon veteran era 50-an, Salim Bachik, beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai (1988–1993) yang ditayangkan di TV3. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom ini diingati sehigga kini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama Hangatnya Salju Dinginnya Bara. KerjayaSelain itu, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang ditayangkan di TV1. Ia menjadi batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan. Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah "Banjir". Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Menerusi filem Baik Punya Cilok beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM dan filem KIL pula melayakkan beliau dicalonkan untuk anugerah serupa di Anugerah Skrin 2013. Beliau menjadi Presiden Seniman, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib artis di Malaysia. Beliau pernah memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English musim pertama dan kedua di Astro TVIQ dan Astro Mustika HD. Naib Juara Maharaja Lawak MegaKumpulan Boboi gandingan Harun dan Dato' Afdlin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah piala. Akhirnya, kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah piala sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu dari Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah piala. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta piala. Juri tetap ialah Datuk Chef Wan, penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Dato' Zainal Abidin Hassan. Dato' AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2] KematianHarun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang 8 Mac 2015 selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah. Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak 2010.[3] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. Pada 16 Disember 2015, Harun dikurniakan Anugerah Pohon Beringin bagi menghargai khidmat bakti beliau dalam bidang seni. Anugerah utama Gegar Anak Seni (Gasseni) itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor.[4] FilemografiFilem
Drama
Telefilem
Televisyen
Peserta
VideografiMuzik video
DiskografiAlbum
Rujukan
Pautan luar |