Istana Kebudayaan dan Sains
Istana Kebudayaan dan Sains (Poland: Pałac Kultury i Nauki ; singkatan PKiN), ialah sebuah bangunan bertingkat tinggi di pusat bandar Warsaw, Poland. Dengan jumlah ketinggian 237 meter (778 ka) ia merupakan bangunan tertinggi di Poland, bangunan ke-6 tertinggi di Kesatuan Eropah (termasuk spire) dan salah satu yang tertinggi di benua Eropah.[1] Dibina pada tahun 1955, ia menempatkan pelbagai institusi awam dan budaya seperti panggung wayang, teater, perpustakaan, kelab sukan, fakulti universiti dan pihak berkuasa Akademi Sains Poland. Sejak 2007 ia telah disenaraikan dalam Pendaftaran Objek Warisan Budaya. Dipengaruhi oleh seni bina sejarah Poland dan bangunan seni deko Amerika yang bertaraf tinggi, PKIN direka oleh arkitek Soviet Lev Rudnev dalam gaya "Seven Sisters" dan secara tidak rasmi disebut sebagai Eight Sister. Istana ini juga menara jam tertinggi di dunia sehingga pemasangan mekanisme jam di Bangunan NTT Docomo Yoyogi di Tokyo, Jepun.[2][3] Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luarInformation related to Istana Kebudayaan dan Sains |