Josip Broz (abjad Cyril: Јосип Броз, disebut [jǒsip brôːz]; 7 Mei 1892 – 4 Mei 1980), juga dikenali dengan nama Tito,[1]abjad Cyril: Тито, disebut [tîto]), merupakan seorang revolusionerkomunisYugoslav yang berkedudukan penting dalam politik Yugoslavia dari tahun 1943 sehingga kematiannya pada 1980.[2]
Pada Mei 1913,[6] Broz dikerahkan ke dalam Tentera Darat Austria-Hungary[7][c] selama tahun sepertimana yang diwajibkan ke atas warga-warga kerajaan itu. Beliau memohon agar dipindahkan tugasnya kepada Rejimen Pengawal Kawasan Croatia ke-25 (Croatia: Domobrancode: hr is deprecated ) Regiment yang berpangkalan di Zagreb.
Beliau dinaikkan pangkat kepada satu-satunya sarjan mejar dalam rejimennya, malah ada yang menyatakan beliau merupakan sarjan mejar termuda dalam seluruh Tentera Darat Empayar.[9]
Berjinak dengan puak komunis
Penglibatan dalam Perang Dunia Kedua
Pemerintahan
Polisi berkecuali
Tito mengamalkan suatu polisi luar negara yang berkecuali sewaktu keadaan yang begitu sengit dalam Perang Dingin. Beliau menegaskan bahawa keberkecualian Yugoslavia dengan semua negara berjalan seperti biasa selagi negara-negara asing tersebut tidak mempergunakan pengaruh mereka untuk mendesak Yugoslavia memihak kepada mana-mana pihak dalam apa jua situasi. Hubungan Yugoslavia dengan kuasa-kuasa tertentu seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat turut berjalan dengan lancar.
Pada 1961, Josip terlibat bersama-sama Gamal Abdel Nasser (dari Mesir), Jawaharlal Nehru (India), Sukarno (Indonesia) dan 's Kwame Nkrumah (Ghana) dalam suatu rancangan The Initiative of Fiveayang berperanan menjalinkan hubungan kuat bersama negara-negara dunia ketiga. Inisiatif ini kemudiannya melahirkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, di mana Josip menjadi Setiausaha Agung organisasi ini pada 1 September 1961.
Dasar pembaharuan yang diadakan
Senja hidup
Beliau meninggal akibat komplikasi gangren di Pusat Perubatan Ljubljana pada 4 Mei 1980, beberapa hari sebelum ulang tahunnya yang ke-88. Majlis pengebumiannya dihadiri banyak negarawan dunia dari kedua-dua pihak yang bersaing dalam Perang Dingin.[10][11]