Republika Srpska
Republika Srpska (bahasa Serbia: Република Српска Republika Srpska, biasanya tidak diterjemahkan) merupakan satu daripada dua entiti negara Bosnia dan Herzegovina. Ibu kota de factonya serta kota terbesar Republika Srpska ialah Banja Luka. Entiti Bosnia dan Herzegovina yang lain ialah Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Republika Srpska didiami oleh tiga "penduduk konstituen", iaitu orang Serb, Bosniak dan Croat. PergununganDinaric Alps menguasai sempadan barat dengan Croatia. Pergunungan di Republika Srpska termasuk Kozara, Romanija, Jahorina, Bjelašnica, Motajica dan Treskavica. Puncak tertinggi adalah puncak Maglić pada ketinggian 2,386 m, berdekatan dengan sempadan dengan Montenegro. Kawasan dilindungiDi Republika Srpska terdapat dua taman negara, Taman Negara Sutjeska dan Taman Negara Kozara, dan sebuah taman alam sekitar dilindungi, Bardača. Perućica adalah salah sebuah daripada hutan primeval yang masih tinggal di Eropah.[1] Pautan luar
|