Majlis Daerah Labis
Majlis Daerah Labis (MDL) ialah salah satu pihak berkuasa tempatan di daerah Segamat, Johor selain Majlis Daerah Segamat. SejarahMajlis Daerah Labis (MDL) telah ditubuhkan pada 1 September 1979 di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Akta 171. Penubuhan ini telah diwartakan pada 9 Oktober 1980 melalui JPU 26 Jilid 24 No. 21 sebagaimana berikut :
MDL pada asalnya terdiri daripada 5 majlis tempatan:
Kesemua Majlis Tempatan ini telah dicantumkan pada 1 Januari 1977 di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 – Akta 124. Percantuman atau penyatuan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan JPU 23 dan JPU 24. Satu Lembaga Pengurus telah dilantik bagi mentadbir kesemua Majlis Tempatan yang telah dicantumkan ini. Cantuman majlis-majlis tempatan ini dikenali dengan nama Majlis Daerah Labis. Percantuman ini dilakukan secara pentadbiran sahaja. Ia telah diurus oleh satu Lembaga Pengurus. Pewartaan di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah membenarkan MDL mencantumkan kesemua kawasannya dari segi fizikal pula iaitu dengan mengambil kira kawasan 1/2 batu (40 rantai) atau 0.8 kilometer daripada kiri kanan jalan utama sebagai MDL sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui Pelan Warta 1265. Pada masa yg sama MDL telah melebarkan perluasannya dengan menambah dua lagi dengan memasukkan kawasan Tenang Station dan Sawah Padi menjadikan 7 kawasan semuanya iaitu: RujukanPautan luar |