Mufti
Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa. Etika seorang muftiMufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar di universiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalam bahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsir al-Quran dan Hadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan. Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah. Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak. Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi. Mengikut negeriMufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Pasca penubuhan Arab Saudi moden, jawatan Mufti Besar mula diperkenalkan pada tahun 1953[7]. Mufti Besar juga berperanan juga sebagai ketua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan. Mufti Besar Arab Saudi kini disandang oleh Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh sejak 1999. Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti di Brunei merupakan jawatan bertaraf menteri dan dilantik oleh Sultan Brunei. Ia ditubuhkan pada 1962. Sehingga kini terdapat dua orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Kerajaan Brunei terkini ialah Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned yang dilantik sejak 1994. Mufti
MuftiMufti
Mufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti
MuftiMufti
Bekas Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Bekas MuftiMufti
Mufti
Mufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Malaysia tidak mempunyai Mufti Besar atau Mufti Negara[9] disebabkan bidang kuasa agama Islam terletak di bawah negeri, bukan Persekutuan. Oleh sebab itu, setiap negeri mempunyai seorang mufti. Terdapat empat belas orang mufti di Malaysia dari setiap negeri iaitu Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Wilayah Persekutuan), Dato’ Haji Yahya Ahmad, (Johor), Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Awang (Kedah), Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Perlis),Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (Pulau Pinang), Dato' Dr. Haji Zulkiply Haji Muda (Terengganu), Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil (Melaka), Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad (Negeri Sembilan), Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan), Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman (Pahang), Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid (Selangor), Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria (Perak), Datuk Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar (Sabah), dan Datu Haji Kipli Haji Yassin (Sarawak). Institusi mufti mula diwujudkan di Mesir pada 1895[10] dengan penubuhan Dar al-Ifta Mesir semasa Mesir di bawah taklukan Uthmaniyah. Mufti Besar merupakan satu daripada empat jawatan agama Islam yang penting di Mesir selain Imam Besar Al-Azhar, Presiden Universiti Al-Azhar dan Menteri Wakaf Mesir yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam. Mufti Besar Mesir kini disandang oleh Syeikh Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam sejak 2013. Mufti
Mufti
Mufti utama Negara Thai diberi gelaran Menteri Cularaja (bahasa Thai: จุฬาราชมนตรี Chularatchamontri) atau Syeikh al-Islam (Jawi: شيخ الإسلام ); jawatan ini mula dikurniakan kepada Syeikh Ahmad Qumi oleh Raja Songtham semasa pemerintahan Kerajaan Ayutthaya baginda.[11][12] Mufti
Mufti
Mufti
Institusi mufti di Palestin diwujudkan pada zaman pemerintahan tentera British pada 1918 [13][14] . Mufti Besar Baitulmaqdis merupakan ilmuwan yang bertanggungjawab terhadap urusan Islam di Baitulmaqdis dan pengurusan Masjid al-Aqsa[15]. Mufti Besar Baitulmaqdis kini disandang oleh Syeikh Muhammad Ahmad Hussein sejak 2006. Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti di Singapura merupakan salah satu jawatan agama yang melengkapi Majlis Ugama Islam Singapura. Jawatan ini diwujudkan sejak 1967 dan dilantik oleh Presiden Singapura selepas berbincang dengan MUIS. Sehingga kini terdapat empat orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Negara Singapura terkini ialah Dr Naziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020[16]. Mufti
Mufti
MuftiBekas Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Bekas Mufti
Mufti
Mufti
Mufti
Rujukan
Pautan luar |