Natrium bikarbonat merupakan sebatian perantaraan dalam proses Solvay yang menghasilkan natrium karbonat, di mana natrium bikarbonat dihasilkan melalui tindak balas ammonia, natrium klorida dan karbon dioksida serta air.
Sebatian ini boleh juga dihasilkan melalui tindak balas antara karbon dioksida dan larutan akueus natrium hidroksida, tetapi tidak praktikal.
Tindak balas
Natrium bikarbonat merupakan sebatian amfoterik. Larutan akueus natrium bikarbonat adalah sedikit beralkali kerana berlaku pengionan yang menghasilkan asid karbonik dan ion hidroksida.
Kegunaan
Natrium bikarbonat biasanya digunakan dalam masakan sebagai agen penaik. Sebatian tersebut digunakan dalam tepung penaik, di mana kira-kira 30% bikarbonat dicampur dengan pelbagai jenis asid dan diaktifkan dengan air tanpa memerlukan sebarang asid tambahan.[10]
Sebatian ini boleh diguna pakai sebagai pengawal pertumbuhan kulat.[11]
^Ellingboe, J. L.; Runnels, J. H. (1966). "Solubilities of Sodium Carbonate and Sodium Bicarbonate in Acetone-Water and Methanol-Water Mixtures". J. Chem. Eng. Data. 11 (3): 323–324. doi:10.1021/je60030a009.
^Czernohorsky, J. H. and Hooker, R. "THE CHEMISTRY OF BAKING"(PDF). New Zealand Institute of Chemistry. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2016-11-27. Dicapai pada 2017-01-22. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)