Natrium hipoklorit
Natrium hipoklorit ialah satu sebatian kimia dengan formula NaOCl. Larutan natrium hipoklorit, lebih dikenali sebagai peluntur atau clorox, selalunya digunakan sebagai penyahjangkitan atau agen peluntur. PenghasilanPengklorinan natrium hidroksidaNatrium hipoklorit boleh dihasilkan melalui pengklorinan natrium hidroksida, NaOH, iaitu melalukan gas klorin terhadap natrium hidroksida:
Tindak balas ini ditemui oleh Antoine Labarraque berdasarkan tindak balas serupa oleh Claude Louis Berthollet yang menggunakan kalium hidroksida.[1][2] Tindak balas ini ialah tindak balas pendiskadaran memandangkan atom-atom molekul klorin mengalami pengoksidaan dan penurunan dalam tindak balas yang sama. PenggunaanDalam larutan peluntur komersial, larutan biasanya mempunyai 3–8% natrium hipoklorit berdasarkan berat, dan 0.01–0.05% natrium hidroksida yang disertakan untuk melambatkan penguraian natrium hipoklorit kepada natrium klorida dan natrium klorat.[3] Rujukan
Pautan luar
|