Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut.
Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}
Sila gantikan markap HTML dengan markap wiki di mana sesuai.
Tambahkan pautan wiki. Buat pautan—di mana sesuai—ke rencana lain dengan meletakkan "[[" and "]]" pada kedua belah perkataan yang berkaitan (lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan) untuk maklumat lanjut) dan pastikan pautan-pautan anda berfungsi seperti yang dijangkakan. Sila jangan pautkan istilah yang sudah umum pada kebanyakan pembaca, seperti pekerjaan yang biasa, istilah geografi yang terkenal, dan barangan seharian.
Kemaskan pautan lapuk/formatkan bahagian rujukan dan nota kaki, menggunakan templat petikan di mana sesuai.
Padamkan pesanan ini.
Prasarana pengangkutan di Filipina agak kurang terbangun. Antara puncanya ialah rupa bumi yang bergunung-ganang dan pulau-pulau yang berselerak, bahkan juga kesan daripada begitu kurangnya pelaburan bagi pembangunan prasarana oleh kerajaan berturut-turut, jauh kurang daripada kebanyakan jirannya.[1][2] Di Filipina terdapat 216,387 kilometer (134,457 bt) jalan raya, tetapi hanya 61,093 kilometer (37,961 bt) daripadanya berturap.[3]
Bas, jeepney, teksi, dan beca bermotor sering terdapat di bandar-bandar besar. Pada 2007, terdapat sekitar 5.53 juta kenderaan bermotor berdaftar dengan pendaftaran meningkat pada kadar 4.55% setahun.[4]
Pengangkutan kereta api hanya memainkan peranan dalam mengangkut penumpang di Metro Manila, wilayah Laguna, dan sesetengah Bahagian Bicol. Seolah-olah tiadanya perkhidmatan pengangkutan kargo. Setakat 2017[kemas kini], negara mempunyai jejak landasan kereta api sepanjang 77 kilometer sahaja, tetapi merancang peluasan kepada 320 kilometer menjelang 2022.[19] Metro Manila dilayan oleh tiga jaluran transit aliran deras, iaitu: LRT-1, LRT-2, MRT-3[20][21][22] dan mulai 2019, oleh MRT-7. Dahulu kala, kereta api melayan bahagian-bahagian utama Luzon, bahkan juga di pulau-pulau Cebu dan Negros. Kereta api dahulunya digunakan untuk tujuan pertanian, khususnya dalam pengeluaran tebu dan tembakau. Sedang dibangunkan beberapa sistem pengangkutan akan datang: DOST-MIRDC bersama UP sedang melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan pada Automated Guideway Transit.[23][24][25]
Sebagai gugusan pulau, perlunya pengangkutan air antara pulau.[26] Pelabuhan yang sibuk sekali ialah Manila, Batangas, Subic, Cebu, Iloilo, Davao, Cagayan de Oro, dan Zamboanga.[27]2GO Travel dan Sulpicio Lines melayan Manila dengan hubungan ke pelbagai bandar dan pekan melalui kapal penumpang. Strong Republic Nautical Highway (SRNH) sepanjang 919-kilometer (571 bt), sebuah rangkaian bersepadu segmen lebuh raya dan laluan feri yang meliputi 17 buah bandar, ditubuhkan pada 2003.[28]Pasig River Ferry Service melayan sungai-sungai besar di Metro Manila, termasuklah Sungai Pasig dan Sungai Marikina yang banyak perhentian di Manila, Makati, Mandaluyong, Pasig dan Marikina.[29][30]
^The North Luzon Expressway Project (NLEX) is for the rehabilitation, expansion, operation and maintenance of the existing 83.7 km (52 bt) NLEX that connects Metro Manila to the northern provinces of Bulacan and Pampanga.
^Regidor, Anna Kristine. "UPD monorail project begins". July 27, 2011. University of the Philippines Diliman. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2014. Dicapai pada September 23, 2014.