Perjanjian Perdagangan Bebas Benua AfrikaPejanjian Perdagangan Bebas Benua Afrika atau African Continental Free Trade Agreement (AfCFTA) adalah sebuah perjanjian perdagangan yang berkuatkuasa antara 27 buah negara anggota Kesatuan Afrika.[1][8][9][10] Ia telah ditandatangani di Kigali, Rwanda, pada 21 Mac 2018. Setakat Julai 2019, 54 buah negara telah menandatangani perjanjian ini.[11] Ratifikasi oleh 22 buah negara diperlukan untuk AfCFTA dikuatkuasakan dan Kawasan Perdagangan Bebas Benua Afrika boleh digunakan. Perjanjian ini akan berfungsi sebagai sebuah payung di mana protokol dan lampiran akan ditambah. Rundingan Fasa Kedua berlangsung pada tahun 2018, termasuk Polisi Persaingan, Pelaburan dan Hak-hak Harta Intelek. Sebuah draf akan diserahkan untuk perhimpunan Kesatuan Afrika pada bulan Januari 2020.[12] Kenya dan Ghana merupakan negara terawal yang meratifikasikan perjanjian ini pada 10 Mei 2018, selepas mendapat kelulusan daripada parlimen masing-masing.[2] Dengan ratifikasi oleh Sierra Leone dan Republik Sahrawi pada 29 April 2019, had untuk 22 buah negara meratifikasikannya sebagai sebuah kawasan perdagangan bebas untuk wujud secara rasmi tercapai.[7] Akibatnya, AfCFTA mula berkuatkuasa pada 30 Mei 2019. Isu-isu berbangkit seperti perjanjian konsesi perdagangan dan peraturan asal masih dirundingkan. Pada 7 Julai 2019, pada satu perhimpunan di Niger, AfCFTA mula memasuki fasa operasi.[13][14] NotaRujukan
Information related to Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Afrika |