Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organisation/Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu; kini Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain. Pada tahun 1975, setiausaha agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada pilihan raya negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali meneruskan untuk menyertai pilihan raya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula. Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991, yang mengakibatkan parti itu menjadi pupus dan tidak didaftarkan pada tahun 1996, lima tahun selepas terkuburnya parti itu. Pautan LuarRujukan |