Bahasa Serbia
![]() Bahasa Serbia (српски језик ; srpski jezik ) merupakan bahasa Slavik Selatan yang paling banyak dituturi. Bahasa ini merupakan salah satu bentuk piawai loghat Shtokavia, digunakan terutamanya di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, dan oleh Orang Serb di diaspora Serbia. Bekas bahasa piawai dikenali sebagai Bahasa Serbo-Croatia, kini berpecah kepada Bahasa Serbia, Bahasa Croatia, dan Bahasa Bosnia. Bahasa ini adalah rasmi (termasuk minoriti) di Serbia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, Croatia, Romania, Republik Macedonia, dan Hungary. Terdapat dua tulisan digunakan: variasi abjad Cyril oleh Serb Vuk Karadžić, dan variasi abjad Latin oleh Croat Ljudevit Gaj. Huruf-huruf dalam kedua-dua tulisan ini adalah saling memetakan antara satu sama lain. Ortografi Bahasa Serbia adalah sangat konsisten: terdapat prinsip "satu huruf untuk satu bunyi". Prinsip ini diwakili oleh pepatah kata Adelung, "Tulis seperti yang anda cakap dan baca seperti yang ditulis", prinsip ini digunakan oleh Vuk Stefanović Karadžić semasa menjalankan reformasi terhadap ortografi abjad Cyril Serbia pada abad ke-19. Bahasa Serbia Piawai adalah berdasarkan pada loghat Štokavia. Loghat Ekavia dituturkan paling banyak di Serbia, manakala loghat Ijekavia di Bosnia dan Herzegovina, Montenegro, barat daya Serbia, dan Croatia. Asas bagi loghat Ijekavia ialah loghat Herzegovina Timur, dan untuk loghat Ekavia pula, loghat Šumadija-Vojvodina. Ciri-ciri loghat Shtokavia yang lain, dan juga loghat Torlakia, yang dituturkan di selatan Serbia, tidak diterima sebagai loghat piawai. Sistem tulisan![]() Terdapat dua jenis tulisan bagi Bahasa Serbia: abjad Cyril Serbia (ћирилица) dan abjad Latin Serbia (latinica).
Susunan huruf kedua-dua tulisan adalah berbeza. А а Б б В в Г г Д д Ђ ђ Е е Ж ж З з И и Ј ј К к Л л Љ љ М м A a B b V v G g D d Đ đ E e Ž ž Z z I i J j K k L l Lj lj M m Н н Њ њ О о П п Р р С с Т т Ћ ћ У у Ф ф Х х Ц ц Ч ч Џ џ Ш ш N n Nj Nj O o P p R r S s T t Ć ć U u F f H h C c Č č Dž dž Š š Taburan GeografiBilangan penutur mengikut negara:
Lihat juga
RujukanPautan luar
Kamus atas talian
Information related to Bahasa Serbia |