Rosmari
Rosmari atau rosemari (nama saintifik pasca-2017: Salvia rosmarinus) adalah tumbuhan herba daripada keluarga Lamiaceae berasal dari kawasan Mediterranean benua Eropah.[3] Tumbuhan ini ditanam terutamanya sebagai herba pelbagai guna dalam masakan dan ubatan tetapi juga untuk tujuan hiasan taman atau kebun. Tumbuhan ini dikatakan dapat meningkatkan memori. Nama herba ini serapan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda meminjam bahasa Latin rōs marīnus bermaksud "embun laut".[4][5][6] TaksonomiTumbuhan ini pada dahulunya tergolong dalam genus Rosmarinus terdiri dari 2 hingga 4 spesies termasuk ia.[7] Namun, kebotanian ia dinilai semula pada tahun 2017 di mana ia digolongkan dalam genus Salvia yang lebih luas beratusan spesies.[2] BotaniHerba ini jenis malar hijau yang tumbuh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 meter dalam keadaan menegak, daun-daunnya halus dengan ukuran 2–4 sm panjang dan 2–5 mm lebar dengan bulu halus di permukaan. Pokok herba ini boleh hidup selama 30 tahun.[3] Bunga-bunganya yang berwarna putih, kejambuan atau kebiruan berputik pada musim-musim bunga dan panas di iklim sederhana tetapi boleh juga sepanjang masa di iklim lebih panas.[3] Biji benih senyawaan bunga-bunga ini sukar mencambah malah perlahan memunculkan pucuk.[3] KegunaanDaunnya digunakan sebagai perisa untuk pelbagai jenis makanan, seperti ketika memanggang daging. KhasiatKajian menunjukkan rosmari bersifat antibakteria, antikulat, antioksida, antitumor, menimbulkan hiperglisemia, menghalang pembebasan insulin, dan racun serangga. Ia bersifat racun jika digunakan secara berlebihan. Ia tidak sesuai kepada wanita hamil atau yang ingin hamil. Dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan dan kematian, tetapi jarang-jarang berlaku. Timol bersifat antiseptik, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, digunakan dalam farmasi dan ubat gigi tetapi boleh juga menyebabkan dermatitis kalau digunakan dalam cara pekat pada kulit yang sensitif.[8] Galeri gambar
Rujukan
Information related to Rosmari |