Takwim IbraniTakwim Ibrani atau Takwim Ibrani (הַלּוּחַ הָעִבְרִי, ha'luakh ha'ivri; bahasa Inggeris: Hebrew calendar ) merupakan takwim qamari-suria yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan Yahudi. Ia menentukan tarikh-tarikh perayaan Yahudi dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab Taurat, yahrzeit (tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan Mazmur harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara Israel, takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian. Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman Tannaim (sekitar 10–220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian bulan sabit baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan Paskah kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman barli; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan tekufah (musm).[1] Sepanjangan zaman Amoraim (200–500 M) hingga zaman Geonim, sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu Maimonides menyusun Mishneh Torah pada abad ke-12. Disebabkan beza sekitar 11 hari antara 12 bulan qamari dengan satu tahun suria, maka tempoh tahun takwim Ibrani berbeza-beza dalam kitaran Meton 19 tahun berulang-ulang yang terdiri daripada 235 bulan qamari dengan ditambahnya bulan tambahan mengikut petua-petua yang ditetapkan setiap dua tiga tahun, untuk sebanyak 7 kali setiap 19 tahun. Tahun takwim Ibrani adalah sekitar 6 minit 25+25/57 saat lebih lama daripada tahun suria min semasa, maka dalam setiap 224 tahun, takwim Ibrani akan ketinggalan sehari di belakang waktu suria min semasa; dan dalam sekitar setiap 231 tahun, ia akan ketinggalan sehari di belakang tahun takwim Gregory. Gelaran zaman yang digunakan untuk takwim Ibrani pada masa kini adalah Anno Mundi ("dalam tahun duniawi" dalam bahasa Latin; Ibrani: לבריאת העולם "sejak penciptaan dunia"). Sumber dan sejarahKitab Tanakh mengandungi beberapa perintah yang berkenaan dengan penjagaan takwim dengan kitaran bulan, serta mencatat perubahan-perubahan yang telah dilakukan pada takwim Ibrani. HariSehari dalam takwim Yahudi tidak tetap tempohnya, sebaliknya bercontohkan "...jadilah petang dan jadilah pagi..."[2] dalam kisah Penciptaan di bab pertama Kitab Kejadian. Mengikut tafsiran klasik Rabbini pada surat ini, sehari dalam takwim Ibrani Rabbini bermula ketika matahari terbenam (bermulanya "petang") hingga matahari terbenam seterusnya. Ini dirumitkan oleh tiadanya waktu matahari terbenam atau terbit yang ketara di kawasan sekitar kutub Bumi pada musim-musim tertentu. Di tempat-tempat berkenaan pada musim panas apabila matahari tidak terbenam ke bawah kaki langit, sehari dikira dari tengah hari ke tengah hari, manakala pada musim sejuk apabila matahari tidak terbit ke atas kaki langit, sehari dikira dari tengah malam ke tengah malam.[3] Resam Yahudi tidak menjaga waktu, maka waktu umum diterima guna. Biarpun waktu umum menerapkan kelaziman-kelaziman yang disesuaikan mengikut setempat seperti zon waktu, waktu piawai dan waktu jimat siang, namun semua ini tidak bertempat dalam resam Yahudi. Waktu umum hanya digunakan sebagai titik rujukan bagi ungkapan-ungkapan seperti: "Shabbat bermula pada...". Kemajuan matahari terbenam yang malar di seluruh dunia serta perubahan musim menyebabkan perubahan waktu awam yang beransur-ansur dari sehari ke hari berikutnya berdasarkan fenomena falak yang nyata (iaitu matahari terbenam) dan bukan ketentuan manusia. Daripada kebiasaan garisan tarikh antarabangsa, terdapat pertikaian mengenai di mana beralihnya hari. Antara yang disyorkan adalah meridian songsang Baitulmaqdis. (Baitulmaqdis terletak 35°13’ di timur meridian perdana, maka meridian songsangnya adalah 144°47' di barat, merentasi rantau timur Alaska.)[4][5] MingguTakwim Ibrani mengikuti kitaran mingguan tujuh hari yang berjalan serentak tetapi bebas daripada kitaran bulanan dan tahunan. Nama-nama hari dalam seminggu sekadar bilangan hari dalam seminggu. Dalam bahasa Ibrani, nama-nama tersebut boleh disingkatkan dengan menggunakan nilai bilangan huruf Ibrani, cth. יום א׳ (Hari pertama, atau Yom Rishon (יום ראשון)):
Nama-nama hari dalam seminggu berasaskan tujuh hari yang disebut dalam kisah Penciptaan. Cntohnya, Genesis 1:5Template:Bibleverse with invalid book "...Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama". Dalam ayat-ayat berikutnya disuratkannya hari berbilangan, cth. 'hari kedua', 'hari ketiga', dan seterusnya. Rujuk Genesis 1:8Template:Bibleverse with invalid book, 1:13, 1:19, 1:23, 1:31 dan 2.2. BulanSejak zaman dahulu lagi, takwim qamari-suria Mesopotamia luas digunakan oleh negara-negara Asia Barat. Strukturnya yang juga digunakan oleh kaum Ibrani adalah berasaskan bulan-bulan Qamari dengan penambahan satu bulan untuk merapatkan takwim dengan kitaran suria.[6] Num 10:10 menekankan kepentingan menyambut bulan baru dalam agama Ibrani (ראש חודש, Rosh Chodesh, "pangkal bulan"): "... pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu ..." Begitu juga dalam Num 28:11. "Bulan baru" itu bererti keluarnya anak bulan.
Tarikh Tahun Baru Yahudi
* Tahun lompat 13 bulan. Rujukan
Information related to Takwim Ibrani |