Ummi Nazeera
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin (lahir 20 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam lakonan di televisyen dan filem. KerjayaBeliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac. Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu. Beliau juga telah berjaya memainkan watak dalam filem Penanggal dan Gol & Gincu Vol. 2 sehingga dinobat 5 Teratas pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia. Kehidupan peribadiPada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.[2][3] Pada 22 Ogos 2018, beliau dikurniakan anak sulung, iaitu seorang anak perempuan bernama Ayra Aneesah.[4] Bapanya, Zainul Abidin Mat Akhir meninggal dunia pada 27 November 2020 akibat masalah kesihatan kronik.[5] Pada 1 Jun 2021, beliau dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan bernama Aysha Arsylia. FilemografiFilem
Drama
Telefilem
Web Drama
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar |