Unit 731 (Jepun: 731部隊code: ja is deprecated , Hepburn: Nana-san-ichi Butai),[nota 1] singkatan kepada Detasmen Manchu 731 dan juga dikenali sebagai Detasmen Kamo[5]:198 dan Unit Ishii,[6] ialah unit penyelidikan dan pembangunanperang biologi dan kimia rahsia Tentera Darat Imperial Jepun yang terlibat dalam uji kaji manusia yang membawa maut dan pembuatan senjata biologi semasa Perang China-Jepun Kedua (1937–1945) dan Perang Dunia Kedua. Anggaran berbeza-beza tentang berapa ramai yang terbunuh. Antara tahun 1936 hingga 1945, kira-kira 14,000 mangsa telah dibunuh dalam Unit 731.[7] Dianggarkan sekurang-kurangnya 300,000 individu telah mati akibat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh aktiviti Unit 731 dan pusat-pusat penyelidikan gabungannya.[8] Ia berpusat di daerah Pingfang di Harbin, bandar terbesar di negeri boneka Jepun Manchukuo (kini Timur Laut China) dan mempunyai pejabat cawangan aktif di seluruh China dan Asia Tenggara.
Diasaskan pada tahun 1936, Unit 731 bertanggungjawab atas beberapa jenayah perang yang paling dahsyat angkatan tentera Jepun. Ia menjalankan uji kaji secara rutin terhadap orang-orang tidak dianggap manusia dan dirujuk dari dalam sebagai "batang kayu/batang pohon." Uji kaji termasuk suntikan penyakit, penyahhidratan terkawal, ujian senjata biologi, ujian kebuk tekanan hipobarik, viviseksi, penuaian organ, amputasi dan ujian senjata standard. Mangsa termasuk bukan sahaja lelaki, wanita (termasuk wanita hamil) dan kanak-kanak yang diculik tetapi juga bayi yang lahir daripada perogolan sistemik yang dilakukan oleh kakitangan. Mangsa-mangsa juga daripada bangsa-bangsa yang berbeza, yang majoritinya orang Cina dan minoritinya yang sebahagian besar adalah orang Rusia. Selain itu, Unit 731 menghasilkan senjata biologi yang digunakan di kawasan-kawasan China yang tidak diduduki oleh tentera Jepun, seperti bandar, pekan, sumber air dan ladang China. Anggaran orang dibunuh oleh Unit 731 dan program-programnya adalah sehingga setengah juta orang, dan tiada seorang pun banduan yang terselamat. Semasa tamat perang, semua tawanan dibunuh untuk menyembunyikan bukti.
Unit 731 asalnya ditubuhkan oleh polis tenteraEmpayar Jepun, lalu diambil alih dan diperintah sehingga tamat perang oleh Jeneral Shirō Ishii, seorang pegawai perubatan tempur. Pusat itu dibina pada tahun 1935 untuk menggantikan Kubu Zhongma, sebuah penjara dan kem eksperimen. Ishii dan pasukannya menggunakan pusat itu untuk mengusahakan kebolehan mereka. Program mereka mendapat banyak sokongan kerajaan Jepun sehinggalah tamat perang pada tahun 1945. Pada 28 Ogos 2002, Mahkamah Daerah Tokyo memutuskan Jepun telah melakukan peperangan biologi di China dan akibatnya bertanggungjawab atas kematian ramai penduduk.[9][10]
Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat kedua-duanya mengumpulkan data daripada Unit itu selepas Jepun jatuh. Sementara dua belas orang penyelidik Unit 731 yang ditangkap oleh tentera Soviet sudah dibicarakan pada perbicaraan jenayah perang Khabarovsk Disember 1949, mereka dijatuhkan hukuman ringan ke kem buruh Siberia untuk antara dua hingga 25 tahun, dengan syarat mereka berikan maklumat.[11] Mereka yang ditangkap oleh tentera AS diberikan kekebalan undang-undang secara rahsia.[12] Amerika Syarikat membantu menutup uji kaji manusia mereka dan memberikan gaji kepada pelaku-pelakunya. AS memilih untuk menggunakan maklumat dan pengalaman biosenjata para penyelidik itu dalam program peperangan mereka sendiri (serupa Operasi Paperclip), begitu juga Kesatuan Soviet dalam membina pusat biosenjata mereka di Sverdlovsk menggunakan dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Unit itu di Manchuria.[13][11][14]
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama trialmaterials
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama histpersp
^Materials on the Trial of Former Servicemen of the Japanese Army Charged With Manufacturing and Employing Bacteriological Weapons. Foreign Languages Publishing House. 1950.
Cook, Haruko Taya; Cook, Theodore F. Japan at war: an oral history, New York: New Press: Diedarkan oleh Norton, 1992. ISBN1565840143. Cf. Bahagian 2, Bab 6 pada Unit 731 dan Tamura Yoshio.
Endicott, Stephen and Hagerman, Edward. The United States and Biological Warfare: Secrets from the Early Cold War and Korea, Indiana University Press, 1999. ISBN0253334721.
Felton, Mark. The devil's doctors: Japanese Human Experiments on Allied Prisoners of War, Pen & Sword, 2012. ISBN978-1848844797
Gold, Hal. Unit 731 Testimony, Charles E Tuttle Co., 1996. ISBN4900737399.
Grunden, Walter E., Secret Weapons & World War II: Japan in the Shadow of Big Science, University Press of Kansas, 2005. ISBN0700613838.
Handelman, Stephen and Alibek, Ken. Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World – Told from Inside by the Man Who Ran It, Random House, 1999. ISBN0375502319, ISBN0385334966.
Harris, Robert and Paxman, Jeremy. A Higher Form of Killing: The Secret History of Chemical and Biological Warfare, Random House, 2002. ISBN0812966538.
Harris, Sheldon H. Factories of Death: Japanese Biological Warfare 1932–45 and the American Cover-Up, Routledge, 1994. ISBN0415091055, ISBN0415932149.
Williams, Peter and Wallace, David. Unit 731: Japan's Secret Biological Warfare in World War II, The Free Press, A Division of Macmillan, Inc., New York. 1989. ISBN0029353017.
Yang, Yan-Jun and Tam, Yue-Him. Unit 731: Laboratory of the Devil, Auschwitz of the East, Fonthill Media., UK. 2018. ISBN978-1781556788.