Tentera Darat Imperial Jepun (TDIJ) dan Tentera Laut Imperial Jepun (TLIJ) bertanggungjawab atas pelbagai jenayah perang yang menyebabkan berjuta-juta kematian. Jenayah perangnya merangkumi perhambaan seksual dan pembunuhan beramai-ramai kepada uji kaji manusia, kebuluran, dan buruh paksa, semuanya sama ada dilakukan secara langsung atau dibenarkan berlaku oleh tentera dan kerajaan Jepun.[7][8][9][10][11] Bukti-bukti jenayah ini, antaranya keterangan lisan dan rekod bertulis seperti diari dan jurnal perang, telah diberikan oleh veteran-veteran Jepun.[12]
Pemimpin-pemimpin politik dan tentera Jepun sedar akan jenayah tenteranya namun membiarkannya berterusan malah menyokongnya, dengan majoriti tentera Jepun ditugaskan di Asia mengambil bahagian dalamnya ataupun menyokong pembunuhan yang berlaku.[13]
Sejak 1950-an, banyak permohonan maaf atas jenayah perang telah dikeluarkan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Jepun; namun, permohonan maaf yang dikeluarkan telah dikritik bersifat tidak ikhlas. Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengakui peranan negara Jepun yang telah mengakibatkan "kerosakan dan penderitaan yang dahsyat" sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, khususnya pembunuhan beramai-ramai di Nanjing oleh TDIJ.[16] Walau bagaimanapun isu ini tetap dipenuhi kontroversi, dengan sesetengah anggota kerajaan Jepun, termasuk mantan-mantan perdana menteri Junichiro Koizumi dan Shinzō Abe menziarahi Kuil Yasukuni, tempat peringatan bagi semua orang Jepun yang mati dalam perang, termasuklah penjenayah-penjenayah perang Kelas A yang sudah disabitkan kesalahan. Tambahan pula, sesetengah buku teks sejarah Jepun hanya menyebut tentang jenayah perang sepintas lalu sahaja,[17] dan beberapa anggota Parti Demokratik Liberal Jepun telah menafikan kezaliman yang telah berlaku, seperti penglibatan kerajaan dalam menculik wanita untuk dijadikan "wanita penghibur", iaitu kata halus untuk hamba seks.[18][19]
Takrifan
Piagam Tokyo mentakrifkan jenayah perang sebagai "pelanggaran undang-undang atau adat perang,"[20] yang merangkumi penggunaan senjata terlarang, melanggar norma medan perang semasa berperang dengan penempur musuh, atau terhadap orang yang dilindungi,[21] termasuk orang awam dan rakyat musuh serta harta benda negara-negara berkecuali seperti dalam kes serangan ke atas Pearl Harbor.[22]
Anggota tentera dari Empayar Jepun telah didapati bersalah melakukan banyak perbuatan sedemikian semasa zaman imperialisme Jepun dari akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Askar tentera Jepun menjalankan bermacam-macam pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang awam dan tahanan perang di seluruh Asia Timur dan rantau Pasifik barat. Peristiwa-peristiwa ini mencapai kemuncaknya semasa Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937–45 dan kempen Asia dan Pasifik semasa Perang Dunia Kedua (1941–45).
Undang-undang antarabangsa dan Jepun
Jepun menandatangani Konvensyen Geneva 1929 mengenai Tawanan Perang dan Konvensyen Geneva 1929 mengenai Orang Sakit dan Cedera,[23] tetapi kerajaan Jepun enggan meratifikasi Konvensyen Tawanan Perang. Pada tahun 1942, kerajaan Jepun menyatakan bahawa ia akan mematuhi syarat-syarat Konvensyen itu mutatis mutandis ('sekali perubahan yang diperlukan telah dibuat').[24] Jenayah-jenayah yang dilakukan juga termasuk di bawah aspek-aspek lain undang-undang antarabangsa dan Jepun. Sebagai contoh, banyak jenayah yang dilakukan oleh kakitangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua melanggar undang-undang tentera Jepun, dan tertakluk kepada mahkamah tentera, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang itu.[25] Empayar Jepun juga melanggar perjanjian-perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Jepun, termasuk peruntukan Konvensyen Hague (1899 dan 1907) seperti perlindungan untuk tawanan perang dan larangan penggunaan senjata kimia, Konvensyen Buruh Paksa 1930 yang melarang kerja paksa, Konvensyen Antarabangsa 1921 untuk Penindasan Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak yang melarang pemerdagangan manusia, dan perjanjian-perjanjian lain.[26][27] Kerajaan Jepun juga menandatangani Pakatan Kellogg-Briand (1929), menyebabkan perbuatannya pada 1937–45 boleh dikenakan tuduhan jenayah terhadap keamanan,[28] pertuduhan yang diperkenalkan pada Perbicaraan Tokyo untuk mendakwa penjenayah-penjenayah perang "Kelas A". Penjenayah perang "Kelas B" ialah mereka yang didapati bersalah atas jenayah perang per se, dan penjenayah perang "Kelas C" ialah mereka yang bersalah atas jenayah kemanusiaan.. Kerajaan Jepun juga menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perisytiharan Potsdam (1945) selepas tamat perang, termasuk peruntukan dalam Perkara 10 untuk menghukum "semua penjenayah perang, termasuk mereka yang telah mengakibatkan kezaliman ke atas tawanan-tawanan kita". Undang-undang Jepun tidak mentakrifkan orang yang disabitkan dalam Perbicaraan pasca-1945 itu sebagai penjenayah, walhal kerajaan Jepun sudah menerima penghakiman yang dibuat dalam perbicaraan tersebut, dan dalam Perjanjian San Francisco (1952).[Penjelasan diperlukan] Mantan Perdana Menteri Shinzō Abe telah menyokong pendirian bahawa Jepun menerima tribunal Tokyo dan penghakimannya sebagai syarat untuk menamatkan perang, tetapi keputusannya tiada kaitan dengan undang-undang dalam negeri. Menurut Abe, mereka yang disabitkan dengan jenayah perang bukanlah penjenayah di bawah undang-undang Jepun.[29]
References
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 23, 54, 190–191, 289. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 190–191, 276, 312. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 13–14, 282, 294. ISBN9781637586884.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 93. ISBN9781637586884.
^"Japanese War Crimes". The National Archives (U.S.). 15 August 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada 19 October 2023.
^"Bibliography: War Crimes". Sigur Center for Asian Studies, George Washington University. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2019. Dicapai pada 21 April 2010.
^Gruhl, Werner (2007). Imperial Japan's World War Two: 1931–1945. Transaction Publishers. m/s. 85. ISBN978-0-7658-0352-8.
^Drea, Edward (2006). Researching Japanese War Crimes(PDF). National Archives and Records Administration for the Nazi Warcrimes and Japanese Imperial Government Records Interagency Working Group. m/s. 28. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 19 October 2023.
^Rigg, Bryan Mark (2024). Japan's Holocaust: History of Imperial Japan's Mass Murder and Rape During World War II (dalam bahasa Inggeris). Knox Press. m/s. 266. ISBN9781637586884.
^Gilbert, Geoff (30 September 2006). Responding to International Crime (International Studies in Human Rights). Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 358. ISBN90-04-15276-8.
^Chang, Maria Hsia; Barker, Robert P. (2003). "Victor's Justice and Japan's Amnesia". Dalam Peter, Li (penyunting). Japanese War Crimes: The Search for Justice. Transaction Publishers. m/s. 44. ISBN0-7658-0890-0.
^Stetz, Margaret; Bonnie BC Oh, penyunting (Ogos 2001). The Legacies of the Comfort Women of World War II. M. E. Sharpe. m/s. 154–156. ISBN0-7656-0543-0.
Naval History And Heritage Command. "Comfort". Dictionary of American Naval Fighting Ships. Naval History And Heritage Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 9 July 2013.
Cook, Haruko Taya; Cook, Theodore F. (1993). Japan at War: An Oral History. New Press. ISBN1-56584-039-9.- Compilation of interviews with Japanese survivors of World War II, including several who describe war crimes that they were involved with.
De Jong, Louis (2002). The collapse of a colonial society. The Dutch in Indonesia during the Second World War. Verhandelingen van het Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde 206. translation J. Kilian, C. Kist and J. Rudge, introduction J. Kemperman. Leiden, The Netherlands: KITLV Press. ISBN90-6718-203-6.
Bass, Gary Jonathan. Stay the Hand of Vengeance: The Politics of War Crimes Trials. Princeton, NJ: Princeton University Press, 2000.
Bayly, C. A. & Harper T. Forgotten Armies. The Fall of British Asia 1941-5 (London: Allen Lane) 2004
Bergamini, David. Japan's Imperial Conspiracy, William Morrow, New York, 1971.
Brackman, Arnold C.: The Other Nuremberg: the Untold Story of the Tokyo War Crimes Trial. New York: William Morrow and Company, 1987. ISBN0-688-04783-1
Endicott, Stephen and Edward Hagerman. The United States and Biological Warfare: Secrets from the Early Cold War and Korea, Indiana University Press, 1999. ISBN0-253-33472-1
Felton, Mark (2007). Slaughter at Sea: The Story of Japan's Naval War Crimes. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-263-8.
Frank, Richard B. (1999). Downfall: The End of the Imperial Japanese Empire. New York: Penguin Books.
Gold, Hal. Unit 731 Testimony, Charles E Tuttle Co., 1996. ISBN4-900737-39-9
Handelman, Stephen and Ken Alibek. Biohazard: The Chilling True Story of the Largest Covert Biological Weapons Program in the World—Told from Inside by the Man Who Ran It, Random House, 1999. ISBN0-375-50231-9ISBN0-385-33496-6
Harries, Meirion; Harries, Susie (1994). Soldiers of the Sun: The Rise and Fall of the Imperial Japanese Army. New York: Random House. ISBN0-679-75303-6.
Harris, Robert and Jeremy Paxman. A Higher Form of Killing: The Secret History of Chemical and Biological Warfare, Random House, 2002. ISBN0-8129-6653-8
Harris, Sheldon H. Factories of Death: Japanese Biological Warfare 1932–45 and the American Cover-Up, Routledge, 1994. ISBN0-415-09105-5ISBN0-415-93214-9
Holmes, Linda Goetz (2001). Unjust Enrichment: How Japan's Companies Built Postwar Fortunes Using American POWs. Mechanicsburg, PA, USA: Stackpole Books.
Holmes, Linda Goetz (2010). Guests of the Emperor: The Secret History of Japan's Mukden POW Camp. Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-377-2.
Horowitz, Solis. "The Tokyo Trial" International Conciliation 465 (November 1950), 473–584.
Kratoksa, Paul (2005). Asian Labor in the Wartime Japanese Empire: Unknown Histories. M.E. Sharpe and Singapore University Press. ISBN0-7656-1263-1.
Lael, Richard L. (1982). The Yamashita Precedent: War Crimes and Command Responsibility. Wilmington, Del, USA: Scholarly Resources.
Latimer, Jon, Burma: The Forgotten War, London: John Murray, 2004. ISBN0-7195-6576-6
Lingen, Kerstin von, ed. War Crimes Trials in the Wake of Decolonization and Cold War in Asia, 1945-1956. (Palgrave Macmillan, Cham, 2016) onlineDiarkibkan 8 Mac 2021 di Wayback Machine
Minear, Richard H. (1971). Victor's Justice: The Tokyo War Crimes Trial. Princeton, NJ, USA: Princeton University Press.
Maga, Timothy P. (2001). Judgment at Tokyo: The Japanese War Crimes Trials. University Press of Kentucky. ISBN0-8131-2177-9.
Neier, Aryeh. War Crimes: Brutality, Genocide, Terror and the Struggle for Justice, Times Books, Random House, New York, 1998.
O'Hanlon, Michael E. The Senkaku Paradox: Risking Great Power War Over Small Stakes (Brookings Institution, 2019) online reviewDiarkibkan 17 Februari 2022 di Wayback Machine
Piccigallo, Philip R. (1979). The Japanese on Trial: Allied War Crimes Operations in the East, 1945–1951. Austin, Texas, USA: University of Texas Press.
Rees, Laurence. Horror in the East, published 2001 by the British Broadcasting Company
Seagrave, Sterling & Peggy. Gold Warriors: America's secret recovery of Yamashita's gold. Verso Books, 2003. ISBN1-85984-542-8
Trefalt, Beatrice . "Japanese War Criminals in Indochina and the French Pursuit of Justice: Local and International Constraints." Journal of Contemporary History 49.4 (2014): 727–742.
Williams, Peter. Unit 731: Japan's Secret Biological Warfare in World War II, Free Press, 1989. ISBN0-02-935301-7
Wilson, Sandra; dll. (2017). Japanese War Criminals: The Politics of Justice After the Second World War. New York City: Columbia University Press. ISBN9780231179225.
Yamamoto, Masahiro (2000). Nanking: Anatomy of an Atrocity. Praeger Publishers. ISBN0-275-96904-5. A rebuttal to Iris Chang's book on the Nanking massacre.
Media audio/visual
Minoru Matsui (2001), Japanese Devils, a documentary which is based on interviews which were conducted with veteran soldiers of the Imperial Japanese Army (Japanese Devils sheds light on a dark past) CNN