Antony Blinken
Antony John Blinken (lahir 16 April 1962) ialah seorang pegawai dan diplomat kerajaan Amerika Syarikat. Beliau ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-71 dan terkini di bawah pentadbiran presiden Joe Biden sejak tahun 2021. Sebelum ini, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2013 hingga 2015 dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2015 hingga 2017 di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama. Semasa pentadbiran Clinton, Blinken berkhidmat di Jabatan Negara dan dalam jawatan-jawatan kanan kakitangan Majlis Keselamatan Negara. Beliau juga merupakan felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (2001–2002), Pengarah Kakitangan Demokratik Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar Negeri (2002–2008), dan ahli peralihan kuasa presiden Obama–Biden dari bulan November 2008 hingga bulan Januari 2009. Dari tahun 2009 hingga 2013, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Pembantu kepada Presiden dan Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat. Dalam sektor swasta, Blinken mengasaskan WestExec Advisors, sebuah firma perunding. Beliau juga merupakan rakan kongsi dalam firma ekuiti swasta dan ahli Majlis Hubungan Luar Negeri, sebuah badan pemikir dasar asing. Kehidupan peribadiPada tahun 2002, Blinken berkahwin dengan Evan Ryan dalam satu upacara dwi-denominasi yang dipengerusikan oleh seorang rabbi dan paderi di Gereja Katolik Holy Trinity di Washington, D.C.[1] Beliau fasih berbahasa Perancis.[2] Beliau minat bermain gitar dan mempunyai tiga lagu yang terdapat di aplikasi Spotify dengan alias ABlinken.[3] Blinken ialah orang Yahudi.[4] Rujukan
Pautan luar
|