Bahasa-bahasa Iban
Bahasa-bahasa Iban ialah cabang keluarga bahasa-bahasa Melayu yang berasal dari Borneo barat. Ia dituturkan oleh orang Iban dan kumpulan berkaitan di Malaysia Timur dan wilayah Kalimantan Barat Indonesia. Bahasa-bahasa Dayak lain, yang dipanggil bahasa-bahasa Dayak Darat, yang bukan dari keluarga bahasa-bahasa Iban, terdapat di sudut barat laut Kalimantan, antara bahasa-bahasa Melayu rumpun Iban dan bukan rumpun Iban seperti bahasa Kendayan dan loghat Melayu di Sarawak dan Pontianak. Istilah "bahasa-bahasa Iban" (Ibanic) dicipta oleh Alfred B. Hudson, yang merupakan antara yang pertama menyiasat hubungan genetik pelbagai bahasa yang dilompokkan bersama di bawah nama "bahasa Dayak" di Borneo Barat.[2] Bahasa-bahasa Iban telah diklasifikasikan pelbagainya sebagai di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Dayak Melayu"[2] atau "bahasa-bahasa Melayu Borneo Barat"[3] bersama-sama dengan bahasa Kendayan dan kelainan yang berkaitan, atau sebagai sebahagian daripada subkumpulan "Melayu Induk" bersama-sama loghat-loghat Melayu yang lain.[4] BahasaMenurut Ethnologue, lima bahasa tergolong dalam subkumpulan bahasa-bahasa Iban:[5]
Kumpulan Kalimantan BaratSenarai subkumpulan etnik Dayak penutur bahasa-bahasa Iban dan bahasa masing-masing di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia:[6][7]
Rujukan
Bacaan lanjut
Information related to Bahasa-bahasa Iban |