Bayezid I
![]() Sultan Bayezid I (Uthmaniyyah: بايزيد الأول, Turki: Beyazıt, gelaran Yıldırım (Uthmaniyah: ییلدیرم), "Petir"; 1354 – 8 Mac 1403, Akşehir, Turki) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1389 hingga tahun 1402. Baginda merupakan paduka putera kepada Murad I dan Gülçiçek Hatun. Baginda mendapat gelaran yildrim kerana keberanian dan ketangkasan semasa berperang dengan tentera salib di Sungai Danube. Ketika itu kubu tentera Islam di Nighbolou telah dikepung oleh tentera salib. Sultan Beyazid berjaya menyusup ke kubu itu tanpa disedari oleh musuhnya. Sultan Beyazid berusaha menawan Kustantiniyah sebanyak 3 kali namun tidak berjaya. Pada kali ketiga baginda hampir berjaya menaklukinya namun terpaksa mengundurkan tenteranya apabila tentera Mongol pimpinan Timurlang menyerang Uthmaniyah. Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik. |