Yang BerhormatSenator TuanChe Alias Hamid (lahir 2 Jun 1966) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) Malaysia mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu sejak 2024. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kemaman yang berkhidmat dari 2018 hingga 2023.
Politik
Che Alias telah bertanding dalam pilihan raya sejak 1999.[1] Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau mewakili Parti Islam Se-Malaysia memenangi kerusi Parlimen Kemaman menewaskan penyandang, Ahmad Shabery Cheek.[2] Pada pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau sekali lagi menang di Parlimen Kemaman dengan majoriti 27, 179. Walau bagaimanapun, kemenangannnya dibatalkan mahkamah pada 26 September 2023 selepas seorang pengundi telah memfailkan petisyen.[3]
Pada November 2024, Dewan Undangan Negeri Terengganu telah melantik Che Alias sebagai Senator bagi mewakili negeri itu dalam Dewan Negara.[1]