Yang BerbahagiaDatukZahidi Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Komunikasi (2020-2022), mantan Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal (2013-2022) dan mantan ADUN Beseri selama dua penggal (1999-2008).
Zahidi merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (sekarang bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara - UiTM).[2]
Kerjaya politik
Pelbagai Jawatan
Di dalam UMNO, beliau telah memegang pelbagai jawatan. Berikut merupakan jawatan dan bila jawatan tersebut dipegang:-
TAHUN
JAWATAN
1991-1993
Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia
1993
Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar
1998
Ahli Majlis Latihan Dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1998
Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
1998
Biro Antarabangsa UMNO
1991-1998
Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1994-1998
Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis
1994-2001
Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
1998-2001
Ketua Pemuda UMNO Perlis
2001-2004
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
2008-
Ketua UMNO Padang Besar
2011-
Timb. Pengerusi Penghubungan UMNO Perlis
2013-
Ahli Parlimen Malaysia - P001
Sebagai Ketua UMNO Bahagian
Di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, beliau menewaskan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dengan majoriti 19 undi daripada 503 perwakilan yang mengundi pada 18 Oktober 2008.[3]Mesyuarat ini telah dijalankan di Dewan Sri Jerneh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.
Sebagai Ketua Pemuda UMNO
Pada 2 Jun 2008, beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO,[4] namun menarik diri hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 23 Oktober 2008 dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya dan mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan, jadi menyebabkan beliau tidak terdaya untuk bersaing. [5]
Ahli Parlimen Padang Besar
Pada 5 Mei 2013, beliau telah menang PRU-13 sebagai Ahli Parlimen Padang Besar P001 apabila memperoleh 21,473 undi dengan majoriti 7426 undi menewaskan Azamhari Mohamood 14,047 undi.[6] Ketika berkempen dalam PRU-13, beliau menyatakan bahawa BN mempunyai pelbagai projek jika menang selesa di Padang Besar, termasuk perancangan Padang Besar untuk dijadikan sebagai kawasan bebas cukai serta pembangunan bersama-sama pihak Thailand.[7]
Kontroversi
Zahidi Zainul Abidin menyifatkan banjir kilat yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada November 2017 adalah balasan Tuhan kepada kemungkaran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP.[8][perlu rujukan]
Pada 3 September 2020, Zahidi menimbulkan kontroversi apabila menyatakan maklumat palsu ketika menjawab satu soalan di Dewan Negara berkaitan isu video seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular pada Jun kerana memanjat pokok untuk memperoleh capaian Internet yang baik untuk menduduki peperiksaannya secara atas talian.[9] Zahidi berkata bahawa Veveonah sengaja mereka isu tersebut semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran.[10] Kenyataan ini disahkan salah oleh pihak UMS sendiri.[11]
Zahidi mula-mula memohon maaf atas pemberian maklumat tersebut di akaun Facebook rasminya, dan menyatakan bahawa maklumat salah telah diperoleh dan dipetik olehnya.[10] Pada 8 September, Zahidi memaklumkan bahawa maklumat palsu tersebut diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat serta Timbalan Menteri Kewangan, Abd Rahim Bakri yang dikatakan mendapat maklumat tersebut daripada kajian lapangan yang dilakukan oleh pegawainya di Pitas, kawasan tempat tinggal Veveonah.[11][12] Meskipun begitu, pihak Majlis Senator menggesa agar Zahidi dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi siasatan.[13] Selain itu, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim turut memanggilnya untuk memberi permohonan maaf secara rasmi.[14] Zahidi pada 10 September memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat, dan berkata bahawa tindakan Veveonah sepatutnya dipuji.[15]
^ abJoni, Farhana (3 September 2020). "Timbalan menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.