Salji
Salji (Jawi: ثلجي ) atau salju (Jawi: ثلجو) ialah kerpasan dalam bentuk hablur ais cair yang jatuh dari awan terkumpul di permukaan bumi[1] mengandungi banyak emping. Memandangkan ia dibuat daripada zarah yang kasar dan kecil, ia merupakan bahan berbutir. Ia mempunyai struktur terbuka yang lembut dan gebu, kecuali diletakkan di bawah tekanan luaran. Kepingan-kepingan yang terhasil ini turun dalam bentuk empingan yang mempunyai banyak saiz dan rupa - ia terbentuk apabila titisan awan sejuk lampau kecil (diameter sekitar 10 μm) beku. Salji dibentuk biasanya apabila wap air melalui aras atmosfera yang tinggi di bawah suhu yang kurang daripada 0 °C dan kemudian jatuh semula ke bumi. Ia juga boleh dibuat dengan embun beku yang jatuh dari permukaan yang ia dibentuk, atau partikel kabus beku yang jatuh dibentuk apabila kelembapan pada permukaan udara mula membeku pada suhu-suhu yang sangat rendah. Salji kurang padat berbanding dengan air hujan yang bermaksud jumlah lembapan yang sekata akan menghasilkan salji dengan isipadu yang lebih banyak, kemudian barulah hujan. Satu peraturan adalah bahawa air dalam lapan unit salji bersamaan dengan satu unit hujan. EtimologiKata-kata salji dan salju dipinjam daripada kata Arab: ثَلج, rumi: thalj ;[2] ia dahulunya pernah dieja sebagai thalji atau thalju sebelum dirombak Ejaan yang Disempurnakan pada tahun 1972. Bahasa Proto-Austronesia yang leluhur kepada bahasa Melayu mempunyai perkataan *SuReNa hasil penelusuran semula kata-kata semaksud dalam bahasa-bahasa serumpun yang dituturkan di pulau Taiwan[3] kerana kawasan Banjaran Tengah pulau tersebut diperhatikan adanya salji pada musim sejuk. Namun, kata ini difahamkan lenyap seiring penghijrahan orang-orang Austronesia menuju arah selatan yang beriklim tropika.[4]:464-465 CorakSalji yang terbentuk boleh terkumpul dan beredar dalam alam sekitar melalui beberapa keadaan:
Kesan terhadap manusiaTurunan salji mempengaruhi kegiatan seharian manusia dalam beberapa aspek: PengangkutanSalji boleh terkumpul padat pada permukaan jalan raya dan landasan baik kereta api atau pesawat lalu melicin dan menjejaskan daya geseran kenderaan yang mencengkam. Salji yang terkumpul ini lazim ditolak buang menggunakan jentolak khas jika ia cukup tebal. Sambil itu juga, roda tayar kenderaan akan dipasangkan cengkaman khas agar sebarang kemungkinan gelinciran dapat dielakkan. PertanianSalji boleh menebat haba permukaan lalu boleh mengekalkan tumbuhan yang tertanam sepanjang musim turunnya salji ini. Salji cair juga boleh menjadi sumber pengairan kepada tanaman melalui sungai dan terusan. BinaanAtap-atap petempatan yang mendapat salji di persekitarannya mengikut iklim setempat dibina agar boleh menampung berat turunan salji yang terkumpul. Salji boleh melekat pada kabel kuasa lalu memberat dengan risiko memutuskan bekalan elektrik setempat. GaleriLihat jugaRujukan
|