Musim![]() Musim (Jawi: موسيم , bahasa Inggeris: season ) merupakan salah satu daripada pembahagian besar dalam jangka masa tahunan, pada umumnya berdasarkan pada perubahan tempoh setahun berdasarkan cuaca. Musim terjadi akibat putaran tahunan Bumi mengelilingi Matahari dan kecondongan paksi Bumi berbanding satah putaran.
Peristilahan"Musim" merupakan serapan Arab: مَوْسِم mawsim iaitu bentuk ism kata kerja وَسَمَ wasama yang bermaksud "menandakan" (to mark, marked).[1] PuncaPeredaran bumi
PentarikhanKeadaan Bumi yang mencondong semasa peredaran mengelilingi bumi menyebabkan dua belahan utama ia, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mempunyai musim yang berlainan pada tempoh atau waktu yang lebih kurang sama. Namun, perincian tempoh yang diukur terbahagi kepada beberapa pendekatan berbeza: Cara meteorologiPengiraan ini mula dikembangkan suatu persatuan kaji cuaca di Eropah bernama Societas Meteorologica Palatina pada 1780 di mana 1 tahun dibahagikan rata-rata kepada 4 tempoh suasana selama 3 bulan dalam takwim Gregorius, pendekatan ini melekat penggunaannya sehingga hari ini.[2]
Cara astronomiPengiraan ini pula ditentukan dengan mencatat waktu lintasan Matahari dalam liputan Garisan-Garisan Sartan dan Jadi pada waktu solstis dan lintasan Matahari melalui Khatulistiwa pada waktu ekuinoks.[5] Musim-musim yang dikirakan ini tidaklah sama panjang kerana sifat orbit Bumi yang mengelilingi Matahari. Rujukan
Information related to Musim |