Fahmi Fadzil
Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Jawi: احمد فهمي بن محمد فاضل; lahir 4 Februari 1981) [1][2] ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat. PendidikanFahmi memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (BSChE) dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat. KerjayaSebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2010, Fahmi ialah seorang penulis, pelakon dan seorang pemenang teater yang memenangi anugerah, dan telah muncul dalam siri televisyen seperti Gol & Gincu dan program temu ramah The Fair Current Show. Beliau juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang menjadi sebahagian daripada Projek Seni Masyarakat Taman Medan pada tahun 2012 yang berkaitan dengan menangani ketegangan kaum di kalangan generasi muda melalui seni persembahan dan visual. Keputusan pilihan raya
Rujukan
|