Kempen Syria–Lubnan, juga dikenali sebagai Operasi Exporter, adalah pencerobohan British ke atas Syria dan LubnanPerancis Vichy dari Jun–Julai 1941, semasa Perang Dunia II. Pihak Perancis telah memberi autonomi kepada Syria pada September 1936, bersama hak untuk mengekalkan angkatan tentera dan dua lapangan terbang di dalam wilayah itu.
Pada 1 April 1941, rampasan kuasa Iraq 1941 telah berlaku dan Iraq berada dibawah penguasaan nasionalis Iraq yang dipimpin oleh Rashid Ali, yang meminta pertolongan Itali dan Jerman. Perang Inggeris-Iraq (2–31 Mei 1941) menyebabkan penggulingan rejim Ali dan pelantikan sebuah kerajaan yang pro-British. Semasa konflik ini, tokoh utama Vichy Laksamana François Darlan telah membenarkan pesawat Jerman menggunakan lapangan terbang Vichy di Syria untuk menyerang British di Iraq.[3] British menceroboh Syria dan Lubnan pada Jun, bagi mengelakkan Jerman Nazi dari menggunakan Republik Syria dan Lubnan Perancis-kawalan Perancis Vichy sebagai pangkalan untuk menyerang Mesir, setelah bimbang akan kemenangan Jerman dalam Pertempuran Greece (6–30 April 1941) dan Pertempuran Crete (20 Mei – 1 Jun). Dalam Kempen Gurun Barat (1940–1943) di Afrika Utara, pihak British sedang mempersiapkan Operasi Battleaxe untuk pengepungan Tobruk dan sedang memerangi Kempen Afrika Timur (10 Jun 1940 – 27 November 1941) di Ethiopia dan Eritrea.
Perancis Vichy membina pertahanan Syria yang kuat; tetapi, pada 10 Julai, sewaktu Briged Ke-21 Australia hampir memasuki Beirut, pihak Perancis meminta peletakan senjata. Pada tengah malam 12 Julai, satu gencatan senjata berkuatkuasa dan menamatkan kempen tersebut. Peletakan Senjata Saint Jean d'Acre (Konvensyen Acre) telah ditandatangani pada 14 Julai di Berek Sidney Smith di pinggir bandar itu. Majalah Time merujuk pertempuran tersebut sebagai "pertunjukkan beraneka" sewaktu ia berlangsung dan kempen itu kekal tidak popular, walaupun di negara-negara yang terlibat. Terdapat beberapa bukti yang pihak British menapis laporan peperangan tersebut kerana ahli politik percaya bahawa permusuhan yang sangat diperlukan terhadap tentera Perancis akan memberi kesan negatif pada pendapat umum di negara-negara yang berbahasa Inggeris.
Rujukan
^ abSutherland, Jon; Canwell, Diane (2011). Vichy Air Force at War: The French Air Force that Fought the Allies in World War II. Barnsley: Pen & Sword Aviation. m/s. 53–67. ISBN978-1-84884-336-3.
^Sutherland, Jon; Canwell, Diane (2011). Vichy Air Force at War: The French Air Force that Fought the Allies in World War II. Barnsley: Pen & Sword Aviation. m/s. 91. ISBN978-1-84884-336-3.
^Sutherland, Jon; Canwell, Diane (2011). Vichy Air Force at War: The French Air Force that Fought the Allies in World War II. Barnsley: Pen & Sword Aviation. m/s. 34. ISBN978-1-84884-336-3.
Sumber
Buku
Auchinleck, Claud (1946). Despatch on Operations in the Middle East From 5th July, 1941 to 31st October 1941. London: War Office. in "No. 37695". The London Gazette (Supplement). 20 August 1946. m/s. 4215–4230.
Chappell, Mike (1987). British Battle Insignia: 1939–1940. Men-At-Arms. II. Oxford: Osprey. ISBN978-0-85045-739-1.
de Wailly, H. (2016) [2006]. Invasion Syria, 1941: Churchill and De Gaulle's Forgotten War [Syrie 1941: la guerre occultée: Vichystes contre gaullistes]. trans. W. Land (ed. 2nd English trans.). London: I. B. Tauris. ISBN978-1-78453-449-3.
James, Richard (2017). Australia's War with France: The Campaign in Syria and Lebanon, 1941. Newport, New South Wales: Big Sky Publishing. ISBN978-1-925520-92-7.
Johnston, Mark (2005). The Silent 7th: An Illustrated History of the 7th Australian Division 1940–46. Crows Nest, New South Wales: Allen & Unwin. ISBN978-1-74114-191-7.
Keegan, John (2005). Dear, I. C. B.; Foot, M. R. D. (penyunting). Oxford Companion to World War II. New York: Oxford University Press. ISBN978-0-19-280670-3.
Mackenzie, Compton (1951). Eastern Epic: September 1939 – March 1943, Defence. I. London: Chatto & Windus. OCLC1412578.
Martin, Chris (2011). World War II The Book of Lists. Stroud: The History Press. ISBN978-0-7524-6163-2.
Mollo, Andrew (1981). The Armed Forces of World War II. London: Crown. ISBN978-0-517-54478-5.
Playfair, Major-General I. S. O.; dll. (2004) [1st. pub. HMSO 1956]. Butler, J. R. M. (penyunting). The Mediterranean and Middle East: The Germans Come to the Help of their Ally (1941). History of the Second World War, United Kingdom Military Series. II. Naval & Military Press. ISBN978-1-84574-066-5.
Shores, Christopher F.; Ehrengardt, Christian-Jacques (1987). L' aviation de Vichy au combat 2 La campagne de Syrie, 8 juin – 14 juillet 1941 [Vichy Air Combat: Syria Campaign, 8 June – 14 July 1941] (dalam bahasa Perancis). 2. Paris: Lavauzelle. ISBN978-2-7025-0171-9.
Smith, C. (2010) [2009]. England's Last War Against France: Fighting Vichy 1940–1942 (ed. Phoenix). London: Weidenfeld & Nicolson. ISBN978-0-7538-2705-5.
Wavell, Archibald (1946). Despatch on Operations in Iraq, East Syria and Iran from 10th April, 1941 to 12th January, 1942. London: War Office. in "No. 37685". The London Gazette (Supplement). 13 August 1946. m/s. 4093–4102.
Jurnal
Bou-Nacklie, N. E. (1994). "The 1941 Invasion of Syria and Lebanon: The Role of the Local Paramilitary". Middle Eastern Studies. 30 (3): 512–529. doi:10.1080/00263209408701009. ISSN1743-7881.
Shores, Christopher F.; Ehrengardt, Christian-Jacques (July 1970). Part I. "Syrian Campaign, 1941: Forestalling the Germans: Air Battles Over S. Lebanon". Air Pictorial. 32 (7): 242–247. OCLC29897622.
Shores, Christopher F.; Ehrengardt, Christian-Jacques (August 1970). Part II. "Syrian Campaign, 1941: Breaking the Back of Vichy Air Strength Conclusion". Air Pictorial. 32 (8): 280–284. OCLC29897622.