Platinum
Platinum (simbol: Pt) atau nama lamanya emas putih ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai nombor atom 78. Platinum tergolong dalam kumpulan 10 dalam jadual berkala keunsuran dan adalah sejenis logam peralihan. Logam in agak berat, mudah tertempa, mulur dan berwarna putih kekelabuan. Platinum tahan kakisan. Logam ini dijumpai dalam bijih-bijih tembaga dan nikel. Platinum digunakan dalam pembuatan barang kemas, radas makmal, penyambung (sesentuh) elektrik, radas bidang pergigian, dan peranti kawalan asap kenderaan bermotor. Jongkong (Bulion) platinum diberikan kod kewangan ISO XPT. Pada 19 Ogos 2008, platinum dinilaikan sebanyak $1345.00 per auns Troy (kira-kira $43 per gram)[1] PeristilahanNama logam ini dibentuk hasil pelatinan ungkapan bahasa Sepanyol platino bermaksud "perak kecil";[2][3] pengungkapan tersebut mula tercatat dalam buku Relación Histórica del Viage a la América Meridional dikarang Antonio de Ulloa pada 1748. Perkataan ini pernah diejakan dalam ejaan Za'ba sebagai pĕlatinam. Istilah emas putih[4][5] ada diberikan kerana penampilan yang tampak keputihan meskipun kini dianggap kurang tepat kerana ia lebih menerangkan aloi emas dengan logam ini atau nikel. SifatSifat fizikalPlatinum ialah logam berwarna kelabu seperti perak, mulur dan boleh ditempa.[6] Platinum diamati lebih mulur daripada emas, perak atau tembaga, sehingga paling ulet dibandingkan kebanyakan logam murni lainnya, tetapi kurang lunak daripada emas.[7][8] Logam ini memiliki ketahanan yang sangat baik terhadap pengakisan, stabil pada suhu tinggi dan memiliki sifat mengalir elektrik yang stabil. Karakter fisika serta kestabilan kimianya menjadikannya berguna dimanfaatkan dala peringkat industri.[9] Ketahanan logam ini dari sebarang kehausan dan kecelaan pada permukaan menjadikan ia cocok untuk digunakan sebagai perhiasan. Sifat kimiaPlatinum lambat bertindak balas dengan oksigen pada suhu yang sangat tinggi; sebatian PtO Tahap pengoksidaan platinum yang paling umum adalah +2 dan +4. Nombor pengoksidaan +1 dan +3 kurang umum, dan kadang distabilkan oleh ikatan logam dalam spesies bimetalik (atau polimetalik). Sesuai perkiraan, sebatian platinum (II) tetrakoordinasi cenderung membentuk struktutr geometri segiempat planar 16 elektron. Meskipun unsur platinum biasanya tak reaktif, ia larut dalam aqua regia panas membentuk asid kloroplatinat (H):[12] Platinum mempunyai tahap keasidan lemah sehingga mampu mempunyai ketertarikan besar terhadap belerang, seperti terhadap dimetil sulfoksida (DMSO); sejumlah kompleks DMSO telah dilaporkan dan pemilihan pelarut reaksi harus dilakukan dengan sangat hati-hati.[13] IsotopPlatinum mempunyai enam isotop semula jadi, 190Pt, 192Pt, 194Pt, 195Pt, 196Pt, dan 198Pt, di mana kesemuanya adalah stabil kecuali 190Pt yang memiliki separuh hayat selama 6.5×1011 tahun. 195Pt adalah isotop yang terbanyak didapati merangkumi 33.83% dari seluruh platinum. 198Pt boleh mengalami pereputan alfa ke 194Os, tetapi pereputan ini tidak pernah diperhatikan dan justeru itu, dianggap stabil. Secara keseluruhannya, platinum memiliki 39 isotop termasuk 31 isotop buatan dengan jisim atom dalam julat daripada 166 ke 204. KewujudanPlatinum merupakan unsur yang amat jarang dijumpai, dengan nilai kepekatan sebanyak 0.05 bahagian per bilion dalam kerak Bumi.[14] PerlombonganSeperti logam-logam kumpulan platinum yang lain, platinum diperoleh sebagai bahan sampingan dalam perlombongan kuprum dan nikel. Pelombong platinum juga boleh melombong logam itu daripada bijih-bijih platinum seperti sperilit dan kooperit.[15] Kira-kira 160 tan platinum telah dilombong pada 2018, kebanyakannya di Afrika Selatan dengan jumlah pengeluaran sebanyak lebih kurang 110 tan. Rusia pula melombong kira-kira 21 tan platinum pada tahun yang sama.[16] KegunaanSebagai pemangkin tindak balasPlatinum pada kebiasaannya digunakan sebagai mangkin seperti dalam penukar bermangkin kenderaan yang membenarkan pembakaran lengkap hidrokarbon dari ekzos kepada gas karbon dioksida dan wap air sebelum dibebaskan ke persekitaran. Tambahan pula, platinum juga digunakan sebagai mangkin dalam proses penghidrogenan serta boleh dijadikan mangkin dalam penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen[17] dan digunakan dalam sel bahan api[18] sebagai katalis untuk mereduksikan oksigen.[19] Dalam bidang perubatan, platinum digunakan dalam cisplatin, cis-[Pt(NH3)2Cl2] yang digunakan sebagai ubat kemoterapi dalam pelbagai jenis kanser. Dalam pemiawaian ukuranLogam platinum pernah digunakan dalam bidang kepiawaian, di mana aloi platinum digunakan untuk menetapkan unit-unit piawai SI. Unit meter pernah ditetapkan dengan ukuran sebatang aloi platinum-iridium bernisbah 90:10 hingga tahun 1960 manakala unit kilogram pernah ditetapkan dengan sebuah pemberat jenis aloi sama; hingga ditakrifan semula pada Mei 2019.[20] Sebagai perhiasanSebagai perhiasan, kira-kira 40% bekalan platinum digunakan dalam aloi platinum dan emas yang umumnya dikenali sebagai "emas putih".[15] Sifat kelangkaan logam ini yang sukar didapati turut menjadikan ia kini dianggap berdarjat lebih tinggi dari emas dari segi penggredan dan pengelasan.[21][22] Rujukan
Pautan luar
|