Selenium
Selenium yang diasingkan ditemui dalam beberapa bentuk berlainan, dan bentuk yang paling stabil ialah bentuk separa logam (semikonduktor) tumpat berwarna kelabu keunguan yang berstruktur rantaian polimer trigon. Selenium mengalirkan elektrik dengan lebih baik dalam keadaan terang berbanding gelap, maka digunakan dalam fotosel. Selenium juga wujud dalam pelbagai bentuk bukan pengalir, seperti sebentuk alotrop hitam kekacaan, serta beberapa bentuk habluran merah yang terhasil daripada molekul gelang lapan ahli seakan-akan sulfur. Selenium ditemui dalam bijih sulfida seperti pirit, yang mana selenium menggantikan sebilangan sulfur dalam matriks bijih. Juga terdapat bahan galian yang berbentuk sebatian selenida atau selenat, tetapi jarang ditemui. Kegunaan utama selenium masa kini terutamanya untuk membuat kaca serta digunakan dalam kimia dan pigmen. Selenium juga pernah banyak digunakan untuk elektronik, tetapi kini digantikan oleh peranti semikonduktor silikon. Garam selenida amat toksik, tetapi sedikit kuantiti unsur ini perlu untuk fungsi sel dalam kebanyakan haiwan, iaitu membentuk pusat aktif enzim glutation peroksidase dan tioredoksin reduktase (yang secara tidak langsungnya mengurangkan molekul teroksida tertentu dalam haiwan dan sesetengah tumbuhan) dan tiga enzim deiodinase diketahui (yang menukar sebentuk hormon tiroid ke bentuk lain). Keperluan selenium dalam tumbuhan berbeza mengikut spesies, termasuk sebilangan jenis tumbuhan yang langsung tidak memerlukannya.[3] Ciri-ciriIsotopTujuh isotop selenium boleh ditemui secara semula jadi, dengan lima daripada isotop-isotop tersebut, 74Se, 76Se, 77Se, 78Se, 80Se adalah stabil. 80Se ialah isotop selenium yang paling lazim. Dua lagi isotop alamiah ialah 79Se dan 82Se, dengan 82Se memiliki separuh hayat selama 9.2×1019 tahun dan 79Se boleh ditemui secara sedikit dalam galian-galian uranium. Setakat kini, isotop-isotop selenium dengan nombor atom daripada 65 ke 94 telah dikenal pasti. SejarahSelenium ditemui secara moden oleh Jöns Jacob Berzelius and Johan Gottlieb Gahn pada 1817 di sebuah kilang penghasilan asid sulfurik melalui kaedah ruang plumbum.[4] Perkataan selenium diterbitkan daripada perkataan Yunani, σελήνη (selene, "Bulan") disebabkan oleh keserupaan sifat selenium dengan telurium yang dinamakan sempena Bumi.[5] Peranan biologiSelenium ialah unsur surih penting dalam kehidupan, termasuk tumbuhan. Dalam manusia, selenium diguna pakai sebagai kofaktor bagi enzim glutation peroksidase dan sesetengah jenis tioredoksin reduktase.[6] Kekurangan selenium boleh membawa kepada penyakit seperti penyakit Keshan dan penyakit Kashin-Beck. Walau bagaimanapun, kesan kekurangan selenium terhdap kesihatan masih tidak dapat dipastikan, terutamanya berkenaan penyakit Kashin-Beck.[7] Rujukan
Pautan luar
|