Renium adalah unsurlogam bersimbol Re dengan nombor atom 75. Ia berbentuk pepejal putih kekelabuan atau serbuk hitam, yang digunakan untuk membuat aloi dan mangkin.
Nama renium berasal daripada perkataan Rhenus, perkataan Latin bagi Sungai Rhine di Eropah.[3]
Sejarah
Sebelum penemuan, lohong kosong dalam jadual berkala yang sepatutnya diisi renium dikenal pasti oleh Dmitri Mendeleev dan beliau menamakan unsur tersebut sebagai "dwimangan".
Pada 1908, saintis Jepun, Masataka Ogawa mendakwa bahawa beliau telah menemui unsur ke-43 (kini teknetium) dan menamakannya sebagai nipponium (daripada perkataan 日本, Nihon,Jepun) dengan simbol kimia Np. Namun begitu, hasil kajian pada masa kini mendapat tahu bahawa Ogawa sebenarnya menemui renium, unsur ke-75 dan bukannya unsur ke-43 yang disangkanya.[4]
Renium secara umumnya dipercayai ditemui oleh Walter Noddack, Ida Noddack, and Otto Berg di Jerman pada 1925.[3] Pada 1928, Walter dan Ida Noddack berjaya mengekstrak satu gram renium daripada 660 kg molibdenit.[5]
Ciri-ciri
Isotop
Renium memiliki satu isotop stabil, 185Re. Selain itu, renium juga memiliki sebuah radioisotop, 187Re yang tidak stabil tetapi memiliki separuh hayat selama 41.2 × 109 tahun dan merupakan isotop renium paling umum, merangkumi 62.6% daripada renium semula jadi dengan 37.4% lagi ialah 185Re. 25 jenis isotop renium lain telah dikenal pasti.[6]
Sebatian-sebatian renium memiliki tahap pengoksidaan daripada -3 ke +7 kecuali -2. Daripada tahap-tahap ini, tahap +7, +6, +4 dan +2 merupakan tahap yang biasa ditemui.[7] Renium secara umumnya wujud dalam bidang komersial sebagai garam perenat, ReO4− seperti natrium dan ammonium perenat.
Renium merupakan salah satu unsur paling jarang dijumpai dalam kerak Bumi, dengan kepekatan serendah 0.5 ke 1 bahagian per bilion (ppb), menjadikan renium sebagai unsur ke-77 paling banyak dalam kerak Bumi.[8][9]
Penggunaan
Renium banyak digunakan dalam superaloi tahan haba tinggi yang digunakan dalam bahagian enjin jet, mengambil kira-kira 70% penggunaan logam renium sedunia.[10]
Renium juga digunakan dalam pentarikhan radiometri, yakni dalam kaedah renium-osmium, di mana isotop 187Re terurai kepada 187Os menerusi pereputan beta, dengan separuh hayat selama 41.2 × 109 tahun.[11]
^Yoshihara, H. K. (2004). "Discovery of a new element 'nipponiumʼ: re-evaluation of pioneering works of Masataka Ogawa and his son Eijiro Ogawa". Spectrochimica Acta Part B Atomic Spectroscopy. 59 (8): 1305–1310. Bibcode:2004AcSpe..59.1305Y. doi:10.1016/j.sab.2003.12.027.
^Holleman, Arnold F.; Wiberg, Egon; Wiberg, Nils (1985). "Rhenium". Lehrbuch der Anorganischen Chemie (dalam bahasa Jerman) (ed. 91–100). Walter de Gruyter. m/s. 1118–1123. ISBN978-3-11-007511-3.
^Emsley, John (2001). "Rhenium". Nature's Building Blocks: An A-Z Guide to the Elements. Oxford, England, UK: Oxford University Press. m/s. 358–360. ISBN978-0-19-850340-8.
^Naumov, A. V. (2007). "Rhythms of rhenium". Russian Journal of Non-Ferrous Metals. 48 (6): 418–423. doi:10.3103/S1067821207060089.
^Nozaki, Tatsuo; Kato, Yasuhiro; Suzuki, Katsuhiko (2014). "Recent geochemical research using a Re–Os isotope system: Its principles and applications". Chikyukagaku. 48 (4): 279–305. doi:10.14934/chikyukagaku.48.279.