ToriumTorium ialah sejenis unsur kimia dengan simbol Th dan nombor atom 90. Dalam keadaan tulen, torium ialah sebuah logam berwarna putih keperak-perakan yang mempunyai kilauan yang kekal beberapa bulan. Namun apabila terdedah kepada oksigen, torium akan perlahan-lahan mengusam di udara, menjadi kelabu dan akhirnya menjadi hitam. Torium ialah unsur yang reaktif dan mampu terbakar dalam bentuk serbuk halus.
Kesemua isotop torium yang diketahui tidak stabil. Isotop yang paling stabil 232Th, mempunyai separuh hayat selama 14.05 billion tahun, dalam anggaran umur alam semesta. Torium mengurai dengan amat perlahan menggunakan pereputan alfa, yang memulakan rantaian pereputan yang dinamai siri torium, dan berakhir pada 208Pb yang stabil. Di bumi, torium dan uranium sahaja unsur radioaktif yang wujud secara semulajadi dalam kuantiti yang signifikan. Torium dianggarkan wujud tiga kali lebih kerap daripada uranium dalam kerak bumi, dan kebanyakkannya ditulenkan dari pasir monazit sebagai sisa mengekstrak logam nadir bumi. Torium detemui pada 1828 oleh ahli mineralogi amatur Norway Morten Thrane Esmark dan dikenalpasti oleh ahli kimia sweden Jöns Jacob Berzelius, yang menamakan unsur tersebut sempena Thor, tuhan guruh norse. Kegunaan awalnya telah dikembangkan pada akhir abad ke-19. Sifat radioaktif torium diketahui umum pada awal abad ke-20. Pada separuh kedua abad ke-20, torium telah digantikan dengan bahan lain kerana sifat radioaktifnya. Ciri-ciriLogam torium berwarna kelabu keperakan, dengan sebam oksida hitam sekiranya terdedah kepada udara. Satu atom torium memiliki 90 elektron dengan empat elektron valens. Secara teori, ada tiga orbital atom yang boleh diisi elektron-elektron valens, iaitu 5f, 6d dan 7s.[3] Isotop30 radioisotop torium telah dikenal pasti dengan nombor atom daripada 209 ke 238. Torium-232 ialah isotop yang paling lazim dengan separuh hayat selama kira-kira 14.05 bilion tahun. KewujudanKepekatan torium dalam kerak Bumi ialah kira-kira 8.1 bahagian per juta, menjadikan torium sebagai salah satu unsur berat yang paling banyak.[4] Galian monazit ialah sumber komersial torium utama disebabkan oleh kelimpahan monazit yang banyak. Monazit lazimnya memiliki 2.5% torium meskipun deposit-deposit tertentu boleh memiliki 20% torium.[3] Galian-galian torium lazim ialah torit, ThSiO4 dan torianit, (Th,U)O2. Titanit dan zirkon juga boleh mempunyai sedikit torium.[5] Rujukan
Pautan luar
|