Kobalt
Kobalt (Jawi: کوبلت ) ialah sejenis unsur bersimbol Co dan nombor atom 27. Logam ini berwarna kelabu perak, mulur, beracun, dan digunakan dalam aloi dan sebagainya. SejarahSebatian kobalt telah digunakan sejak zaman purba untuk mewarnakan barangan seramik dan kaca dengan warna biru. Kobalt mula ditemui secara moden pada tahun 1735 oleh saintis Sweden, Georg Brandt.[1] KewujudanBijih-bijih kobalt utama termasuklah kobaltit, eritrit dan glaukodot. Meskipun begitu, kobalt secara umumnya diekstrat daripada sektor perlombongan kuprum dan nikel.[2] Negara-negara pengeluar kobalt utama termasuklah Republik Demokratik Congo, Kanada, China, Rusia, Zambia dan Australia.[3] SebatianTahap-tahap pengoksidaan umum bagi sebatian kobalt termasuklah +2 dan +3, di mana sebatian-sebatian mudah kobalt biasanya memiliki tahap pengoksidaan +2 dengan tahap pengoksidaan kobalt boleh berada dalam julat antara -3 ke +5. Kobalt memiliki beberapa buah oksida. Kobalt(II) oksida, CoO yang berwarna hijau boleh bertindak balas dengan air untuk menghasilkan kobalt(II) hidroksida, Co(OH)2. Kobalt(III) oksida, Co2O3 yang berwarna hitam juga ditemui.[4] HalidaHalida-halida kobalt biasanya memiliki bentuk kontang dan hidrat seperti kobalt(II) klorida yang berwarna biru apabila kontang dan merah apabila dalam bentuk heksahidrat.[5] Sebatian dihalida kobalt adalah seperti dalam jadual yang berikut, iaitu warna-warna sebatian di bawah adalah warna bagi sebatian kontang, sekiranya terdapat pelbagai jenis hidrat bagi sebatian tersebut.
Selain itu, terdapat juga sebatian trihalida dengan tahap pengoksidaan kobalt +3 seperti kobalt(III) fluorida, CoF3 dan kobalt(III) klorida, CoCl3. KegunaanKira-kira 116,000 tan kobalt digunakan setakat 2016.[6] Kobalt lazim digunakan dalam penghasilan aloi serta bateri, termasuk bateri bagi kereta elektrik.[2][6] Rujukan
Pautan luar
|