Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin
Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin atau nama ringkasnya SK CHANGKAT CHERMIN, merupakan sebuah rendah yang terletak di Changkat Chermin, 32400 Ayer Tawar. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin memiliki 75 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 150 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009 SejarahSekolah ini dibina pada tahun 1947. Struktur bangunan pertama berasaskan kayu-kayan tempatan dan dinding diperbuat dari kayu rembia serta atapnya adalah dari daun rembia. Sekolah ini dirasmikan pada tahun 1948 oleh Tuan Grace iaitu Pegawai Daerah Dinding pada ketika itu. Guru besar pertamanya Encik Zainal Abidin bin Hj. Ibrahim. Pada 15 Mei 1956, sebuah bangunan baru siap dibina menggantikan bangunan lama. Bangunan ini beratap genting, berlantai simen dan berdinding papan. Pada 31 Ogos 1983, bangunan baru dua tingkat telah siap dibina bangunan lama. SK Changkat Chermin telah dirasmikan oleh YAB Dato Abdullah bin Hj. Ahmad selaku Menteri Pelajaran ketika itu pada 23 Mac 1985. Pencapaian> Pada tahun 2014, sebanyak 60 peratus daripada pelajar tahun 6 lulus dalam UPSR. Alamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Kebangsaan Changkat Chermin |