Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani memiliki 1231 pelajar lelaki dan 1089 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2320 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru. SejarahSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani (SMKBSP) mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari 2 bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006). Pada peringkat awalnya sekolah ini menumpang dipremis Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari dengan jumlah pelajar seramai 377 orang dan 16 orang guru. Sekolah ini pada ketika itu diketuai oleh En. Sathiasalam sebagai Penyelia Petang. Pada tahun 1984 barulah sekolah ini mempunyai pengetua yang pertama iaitu En. Ahmad b Abdul. Pada bulan September 1993, sekolah ini telah diberi imej sendiri dengan nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani oleh Pengetua pada masa itu iaitu Tuan Haji Rosli bin Pin. Pada tahun 2002 sekolah ini mencatat sejarah penting apabila berpindah ke kompleks bangunan sendiri yang terletak di Jalan Pahlawan, Tasek Apong, Sungai Petani. Kini SMKBSP yang dikategori dalam sekolah Gred A mempunyai keluasan tanah berjumlah 12.8 ekar (5.18 hektar). Sekolah ini mempunyai 8 blok utama yang menempatkan :
Sebuah kantin yang selesa turut dibina berhampiran dengan semua blok bangunan. Dataran ilmu yang digunakan untuk acara perhimpunan pula berada di lokasi yang strategik di antara blok C dan D. Sebuag surau yang luas turut dibina dengan nama "Surau Al Muttaqin" untuk kemudahan warga SMKBSP. Pada hari ini SMKBSP mempunyai 2342 orang pelajar dan 143 rang guru tetap dan Guru GSTT seramai 9 orang. Pentadbiran sekolah ini dibantu oleh 12 orang staf, manakala kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh 8 orang pekerja kontrak. Kini SMKBSP harus mengorak langkah untuk mencapai impian menjadi Sekolah Harapan Negara menjelang tahun 2012. Nama - Nama Pengetua Yang Pernah BerkhidmatEn Ahmad bin Abdul (1984 - 1988) En Marzukhi bin Mohamad (1988 - 1990) En Khairudin bin Mohamad (1990 - 1991) Tn Hj Rosli bin Pin (1992 - 1997) Tn Hj Mahmud bin Din (1997 - 2000) En Lim Cheng Uo (2000 - 2003) En Ramli bin Abd Rahman (2003 - 2006) Pn Hjh Hafsah binti L. Hussin (2006 - 2014) Pn Naterah Binti Jusoh (2015 - 2018) Pn Jaliah Binti Juewani (2018 - sekarang) PencapaianPusat Sumber Sekolah CemerlangSekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani memperoleh tempat Pertama dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Kedah (2016). Seterusnya SMKBSP memperoleh tempat Ketiga dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan. Alamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani |