Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong atau nama ringkasnya SMK Seri Tanjong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Tanjung Kling Pos. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong memiliki 1001 orang pelajar lelaki dan 983 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1984 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009 SejarahSejarah AwalIdea untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di kawasan Tanjong Kling telah terjelma sejak awal tahun 1960-an lagi. Kesedaran ini timbul disebabkan oleh masalah pengangkutan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kawasan ini yang bersekolah di Bandar Melaka. Atas kesedaran inilah beberapa orang AJK UMNO kawasan Tanjong antaranya Allahyarham Tuan Haji bin Haji Abdul Manap, Allahyarham Tuan Haji Jaafar bin Alang dan Tuan Haji Mohd. Amin bin Saad telah mengemukakan idea tersebut kepada Wakil Rakyat Kawasan Tanjong pada masa itu. Justeru itu, pada tahun 1968 lahirlah sebuah sekolah menengah yang menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu dari kawasan Tanjong yang meliputi pelajar-pelajar dari Sungai Udang hingga Klebang. Sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Tanjong Kling. Oleh kerana belum mempunyai bangunan sendiri, pelajar-pelajar pelopor (tingkatan satu) telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh. Pelajar Sekolah Menengah Tanjong Kling menumpang di sekolah tersebut sehingga 1970. Perkembangan SekolahPada tahun 1970 bangunan tetap Sekolah Menengah Tanjong Kling telah siap dibina di kampung Ghafar Baba berhampiran Tangga Batu dan Kampung Gelam. Semua pelajar yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh telah berpindah ke sini. Pada awal penubuhannya, sekolah mempunyai 10 orang guru dan 308 orang murid. Terdapat 8 buah kelas yang terdiri dari 4 buah kelas Tingkatan Satu dan 4 buah kelas Tingakatan Dua. Selaras dengan perkembangan pesat kawasan ini dari segi penempatan dan ekonomi sekolah ini juga turut berkembang. Pelajarnya semakin hari semakin bertambah. Kini sekolah ini mempunyai hampir 1800 orang pelajar, yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Enam Atas yang belajar dalam 49 buah kelas. Pada tahun 1979, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Seri Tanjong. Gred sekolah juga telah dinaikkan ke gred A.
Salah satu kebanggaan sekolah ini ialah suraunya. Surau ini merupakan salah sebuah surau sekolah yang besar di negeri Melaka. Surau ini berharga RM120,000.00 adalah hasil dari derma dan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai. Bangunan surau ini memberikan kemudahan kepda pelajar dan guru-guru beragama Islam menjalankan aktiviti-aktiviti agama dan solat. Selain itu, projek keceriaan bagi tujuan keindahan sekolah dan menarik minat pelajar ke seolah turut dipergiatkan. Hasilnya, pada tahun 1994 sebuah Taman Kemahiran Hidup diwujudkan. Pada tahun 1995, sebuah bangunan mengandungi 2 buah bengkel kemahiran hidup, sebuah bangunan yang mengandungi enam bilik darjah dan Dewan Sekolah siap dibina. dengan siapnya bangunan ini mulai 1995 semua pelajar sekolah ini belajar dalam satu sesi. Dengan adanya dewan sekolah (Dewan Seri Tanjong) beberapa aktiviti dan pertandingan peringkat sekolah negeri Melaka telah diadakan di sini. Pada tahun 1996 Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di sini. Sejak penubuhan sekolah ini hingga kini (2017), Sekolah Menengah Seri Tanjong telah ditadbirkan oleh 1 orang pengetua. Hasil usaha mereka inilah, sekolah ini berada seperti dalam keadaannya sekarang. Senarai Pengetua (1968 - 2017)Semenjak penubuhannya hingga kini, SMK Seri Tanjong telah ditadbir oleh pengetua berikut:
Hala Tuju SekolahVisi SekolahPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi SekolahMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara Kebitaraan SekolahSubjek Sejarah , Bicara Berirama, Petanque Slogan Sekolah'Usaha Jaya’ Motto Sekolah'SERI HEBAT!!!!' Dasar Kualiti SekolahDalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), SMK Seri Tanjong menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:- 1. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 5% setiap tahun. 2. Mencapai: * 95% pelajar mencapai melebihi band 3 pada peringkat PT3. * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 30% layak ke Matrikulasi,50% layak ke tingkatan 6 dan lulus 100% pada peringkat SPM. * 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 100% layak ke IPT dan 100% mendapat sijil penuh pada peringkat STPM.
4. Memperkasa pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji pelajar. 5. Mencapai johan peringkat kebangsaan dalam semua pertandingan atau permainan yang menjadi ETOS sekolah. 6. Semua panitia dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 95%daripada wang yang diperuntukkan menjelang akhir tahun dan semua bil dapat dijelaskan dalam masa 14 hari. 7. Sistem pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat. 8. Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bermaklumat berfokuskan 3K. 9. Membudayakan PLC dalam PdP.
Logo Sekolah1) Buku dan Pena, Lima Bulatan Atom Dan Roda Tenaga Merupakan ciri-ciri yang digunakan untuk membentuk murid-murid dalam semua aspek didikan akademik, sukan serta sains dan teknologi tanpa mengabaikan unsur-unsur yang dapat membentuk akhlak yang mulia. 2) Dua Ekor Pelanduk yang Memegang Anak Bulan dan Bintang Menunjukkan SMK Seri Tanjong dalam negeri Melaka dan Persekutuan 3) Lima Bilah Keris Melambangkan taat setia dan keluhuran dalam mempertahankan panji-panji sekolah 4) Warna Kuning 5) Warna Hijau 6) Usaha Jaya Lagu SekolahSeri Tanjong, Seri Tanjong Sekolah kemegahan kita Tekad putra putri bangsa Capai cita mulia Berkat usaha serta jaya Tingkat prestasi bersama Berdisplin bermoral tinggi Itulah ikrar dan janji Seri Tanjong Seri Tanjong Kan kukenang sentiasa Bina bangsa dan agama Melaka dan Malaysia PelanPelan Sekolah Utama
Pelan Kedudukan Kelas
Maklumat Am dan EnrolmenMaklumat Am
Enrolmen
Piagam Pelanggan SeriKami warga pendidik sekolah ini dengan penuh kesedaran berikrar dan berjanji akan melaksanakan dan menjayakan perkara-perkara berikut :
Pentadbiran SekolahBarisan pentadbir bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong bagi sesi 2017 adalah seperti berikut : Pengetua
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Program KecemerlanganAkademik
Hal Ehwal Murid
Kokurikulum
Pencapaian
Sambutan Bulan Kebangsaan 2017Tarikh : 7 Ogos 2017 (Isnin) Masa : 7.30 - 9.30 pagi Tempat : Dewan Seri Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-60 tahun telah diadakan bagi peringkat SMK Seri Tanjong. Sambutan inu adalah anjuran bersama Unit Hem, Unit Kokurikulum, Bidang Kemanusiaan, Kelab 1Malaysia bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan Ogos tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
Antara gambar menarik sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan yang dijalankan :
Galeri WarisanGaleri ini memainkan peranan yang penting sebagai tempat penyimpanan khazanah bersejarah sekolah dan menjadi pusat rujukan kepada sekolah lain, mahupun pengunjung luar. Pelbagai peralatan, permainan, dan barangan antik yang ditempatkan di galeri ini. Berikut merupakan antara gambar dan suasana di dalam Galeri Warisan SMK Seri Tanjong. PrasaranaSekolah ini mempunyai pelbagai prasarana. Antaranya ialah :
Panorama SekolahAlamat
RujukanPautan luarInformation related to Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka |