Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA
Sekolah Menengah Kebangsaan sigma nama ringkasnya SMK Taman SEA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 21/37. SMKTS terletak di tengah dua kawasan perumahan yang besar, iaitu SS2 dan Taman SEA. Keunikan SMK Taman SEA adalah disebalik pengiktirafan pencapaian akademik dan sukan olahraga yang memberangsangkan, sekolah ini mempunyai rekod jenayah gangsterisma tertinggi di Malaysia selepas Sekolah Henry Gurney sehingga diberi gelaran “Sekolah Gangsters Nombor 1 Malaysia”. Gelaran tersebut adalah antara kebanggaan Alumni pelajar lelaki. Projek hamper Projek hamper adalah dijalankan dari 1993 hingga sekarang dan masih terus , projek ini bertujuan untuk memupuk sikap penyayang, prihatin dan murah hati dalam kalangan warga sekolah.projek hamper disediakan dan jalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Sejarah sekolahSMK Taman SEA terletak di tengah-tengah dua buah kawasan perumahan yang besar, iaitu Kampung Tunku dan Taman SEA. Ia terdiri daripada 4 buah bangunan 3 tingkat, sebuah kantin, bengkel, dewan dan sebuah padang yang besar. Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 1974. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini tidak ada bangunan sendiri. Ia bermula dengan 5 buah bilik pinjaman. Pelajar lelaki Tingkatan Satu (3 kelas) ditempatkan di SMK Bukit Bintang di bawah pengawasan Pn. Ainun bt. Md. Said, Pn. Ong Kim Huah dan En. Alan Lim Meng Sue, manakala pelajar perempuan Tingkatan Satu (2 kelas) ditempatkan di SMK Sri Aman di bawah jagaan Pn. Siti Fatimah dan Pn. Felicia Lee. Nama SMK Taman SEA telah dipilih kerana nama akhirnya SEA membawa maksud Awas Nilai Bertindak (See, Evaluate, Act). Selain itu nama akhirnya SEA park dalam Bahasa Inggeris telah ditukar ke Bahasa Melayu, iaitu Taman SEA Sekolah ini telah siap dibina pada penghujung tahun 1975. Semasa ia mula-mula dibuka, terdapat 665 orang pelajar (5 kelas peralihan, 6 kelas Tingkatan Satu dan 5 Kelas Tingkatan Dua) dan 20 orang guru. Kini terdapat 1797 orang pelajar dan 115 orang guru. Pada awal tahun 1976, SMKTS terdiri daripada Blok A dan Blok B. Blok A terdiri daripada 14 kelas biasa, pejabat, 2 bilik Sains Rumah Tangga, 3 makmal dan perpustakaan. Blok ini kemudian diperbesarkan untuk menampung 4 lagi kelas sebuah bilik computer, Pusat Sumber dan Koperasi Sekolah. Blok C yang telah siap dibina pada tahun 1980 terdiri daripada 6 kelas dan 3 buah makmal. Pada tahun 1985, tempat letak basikal telah dibina. Pada awal penggal kedua persekolahan tahun 1985, Tingkatan 6 mula ditubuhkan. Untuk menampung pelajar-pelajar yang semakin bertambah, Blok D telah dibina pada tahun 1991, khasnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas dan Bawah. Blok E yang terdiri daripada Bilik Lukisan dan Stor Perabot telah dibina pada tahun 1992. Pada pagi 1hb Januari 1993 satu kejadian amat menyedihkan semua guru dan pelajar SMKTS, iaitu pejabat SMKTS telah terbakar. Walaupun kami terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun kami tetap sabar dan bersemangat waja untuk membina semula SMKTS. Dengan itu pejabat dan bilik guru SMKTS siap dibina pada bulan Disember 1993 semua kakitangan SMKTS telah berpindah ke pejabat baru. Mulai 1993, perkembangan pembangunan SMK Taman SEA amat pesat sekali. Semanagt permuafakatan yang melibatkan peranan PIBG turut memastikan segala pelaksaan program pendidikan berjalan lancer. Selain membantu dari segi kewangan, sokongan moral yang tidak berbelah bagi telah memantapkan lagi keunggulan SMKTS dalam pelbagai bidang. Dengan bimbingan padu para guru, pelajar-pelajar sekolah ini turut mencipta nama dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. Ternyata matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang serta mempunyai sahsiah yang cemerlang telah Berjaya direalisasikan di sekolah ini. Sebagai sebuah organisasi pendidikan yang menekankan pemupukan nilai murni dan sahsiah unggul, SMK Taman SEA turut menggalakkkan para pelajarnya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai kegiatan atau projek kebajikan bagi membantu masyarakat sekeliling. Usaha ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar terutama sekali Projek Hamper yang telah dijadikan program tahunan sejak tahun 1993. Info SekolahMoto sekolahAwas, Nilai, Bertindak. (See, Evaluate, Act) Awas - Menyeru semua murid dan kakitangan sekolah untuk sedar tentang apa yang berlaku di sekitar kami. Ini secara tidak langsung menjadikan kami sebagai warga yang mengambil berat terhadap sekolah. Nilai - Membawa maksud kamiharus menimbang serta menilai pilihan-pilihan yang sedia ada dengan mendalam sebelum bertindak. Bertindak - Bermaksud bahawa kami harus melaksanakan segala keputusan yang telah diambil dengan penuh keazaman, semangat dan keberanian. Lencana sekolahHuraian warna dan lambang lencana SMKTS: Warna Lencana
Lambang
Objektif sekolah
Visi SekolahSekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang. Misi SekolahMembangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti. Lagu SekolahLirik dan skor muzik
Senarai Guru Besar1976 – 1977 : En David Koay
Organisasi sekolahHal Ehwal Murid (HEM)PENGERUSI Kokurikulum sekolahPengerusi Pencapaian Sekolah
Cara hubungi
RujukanPautan luarInformation related to Sekolah Menengah Kebangsaan Taman SEA |