Share to:

 

Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut

Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song, 96850, Song,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah084-777263
Kod sekolahYBB7314
Faks084-777829


Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut atau nama ringkasnya SK Nanga Selibut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan di pedalaman yang terletak di Daerah Song. Jarak dari Sekolah ke Pekan Song adalah 15 kilometer melalui sungai Song. Sekolah ini dikategori Sekolah Pedalaman 2.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut memiliki 20 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 41 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru. Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut diteraju oleh Puan Sheila anak Christopher, Guru Besar sejak febuari 2020 dan dibantu 12 guru dan 8 ahli kakitangan pengurusan sekolah (AKP).

Sejarah

Penubuhan SK Nanga Selibut bermula apabila penduduk di beberapa buah rumah panjang kian sedar tentang keperluan dan kepentingan sekolah. Mesyuarat diadakan dan mereka sebulat suara mendirikan sekolah di seberang muara Sungai Selibut. Mereka juga bersetuju melantik Tuai Rumah Jeluing sebagai Pengerusi Jawatankuasa sekolah. Sekolah mula beroperasi pada tahun 1965 yang mana guru yang berkhidmat sebagai pemimpin utama iaitu En. Wong. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini datangnya dari Rumah Usit, Rumah Panau, Rumah Jawa, Rumah Nyala, Rumah Sugai, Rumah Gindi, Rumah Meling, Rumah Lasa dan Rumah Bada yang merangkumi 9 buah rumah panjang. Penduduk tempatan telah mendirikan beberapa buah kelas dan rumah guru secara gotong-royong. Beberapa tahun kemudian, bangunan lama telah digantikan dengan bangunan konkrit. Sehingga kini, kemudahan sekolah boleh dikatakan agak lengkap dengan 6 buah kelas tahun satu hingga enam, sebuah kelas pra sekolah, sebuah kelas pemulihan, gabungan sebuah bilik komputer dan pusat sumber sekolah dan sebuah stor buku teks. Sekitar kawasan sekolah juga telah ditanam dengan pokok-pokok bunga dan didirikan pondok rehat serta pondok bacaan bagi kegunaan pelajar. Perubahan yang ketara telah mula nampak dari mula sekolah ditubuhkan. Kini, telah 55 tahun sekolah ini beroperasi. Peneraju utama sekolah sejak tahun 2020 selaku Guru Besar SK. Nanga Selibut, Puan Sheila anak Christopher makin menampakkan sinar harapan seiring misi dan visi yang digariskan oleh pihak sekolah.

Pencapaian

Alamat

Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song
96850, Song
Sarawak, Malaysia
Telefon = 084-777263
Fax = 084-777829

Pautan luar

Information related to Sekolah Kebangsaan Nanga Selibut

Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya