Sekolah Menengah Kebangsaan Besout
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout atau nama ringkasnya SMK (FELDA) Besout atau SMKFB, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Besout 1, 35600 Sungkai. Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout memiliki 462 pelajar lelaki dan 484 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 946 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009 SejarahSekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua. Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak. Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan. Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini. Tujuh belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada:
Setelah 3 dekad ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya terletak jauh di pedalaman. Lagu Sekolah
PencapaianSekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar. KokurikulumAlamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Menengah Kebangsaan Besout |