Sekolah Menengah Holy Trinity
Sekolah ini juga terletak berdekatan dengan dua sekolah iaitu, Sekolah Kebangsaan Holy Trinity dan Sekolah Menengah Konven St. Ursula di Jalan Melati. Nama sekolah ini diambil sempena nama Gereja Katolik yang berdekatan iaitu Holy Trinity Catholic Church. Menurut kepercayaan penganut Agama Krisitian, Holy Trinity atau Suci Tritunggal membawa maksud "Tiga Peribadi, Satu Tuhan". Sekolah ini, bersama SM Konven St. Ursula, terletak di bawah naungan Keuskupan Sandakan. Sekolah ini secara rasminya telah ditubuhkan sekitar tahun 1957 selepas sekolah rendahnya mengalami peningkat jumlah pelajar yang mendadak. Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Holy Trinity memiliki 521 pelajar lelaki dan 280 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 801 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru. Walaupun sekolah ini berasaskan Sekolah Mubaligh Kristian, namun separuh daripada jumlah pelajarnya adalah beragama Islam. Sejarah SekolahPenubuhan Sekolah RendahPada tahun 1922, masyarakat setempat di bawah seliaan Mill Hill Fathers yang berpusat di Sandakan telah menubuhkan sebuah sekolah rendah. Pengasas sekolah itu ialah Rev. Father A. Sotter dari St. Joseph’s Foreign Missionary Mill Hill Society. Setelah mengalami peningkatan jumlah pelajar, Guru Besar sekolah tersebut iaitu Rev. Fr. Bekama, telah membina lapan blok bilik darjah pada tahun 1957. Enam daripada lapan bilik darjah tersebut adalah untuk pendidikan di sekolah menengah. PencapaianAlamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Menengah Holy Trinity |