Sekolah Menengah Agama Rembau
Pada 2009, Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau memiliki 108 pelajar lelaki dan 106 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 214 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009</sup Smarem akan ada padang,padang sedang dalam pembinaan Lagu Sekolah Kami pewaris harapan bangsa Berilmu, beriman dan bertaqwa Aktif persatuan disiplin terbina Yakin sinar gemilang tercipta
Erat perpaduan, jalin kerjasama Melahir insan Rabbani berazam Sahut cabaran ke puncak jaya
Bergema di seluruh negara Sahsiah terpuji sandaran utama Terus berbakti dan berjasa
Dan berjasa... SejarahPenubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua ketika di bawah pimpinan Tun Abd. Razak, masyarakat sekitar daerah Rembau mengambil peluang ini untuk memohon agar Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah sekolah agama di Pekan Rembau. Setelah permohonan tersebut diluluskan, masyarakat setempat telah bergotong-royong untuk membersihkan kawasan paya yang telah ditebusgunakan sebagai lokasi baru sekolah. Bermula dari saat ini, bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan dari Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378. Di lokasi baru ini, bangunan satu tingkat telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60-an sehingga tahun 1996. Rentetan daripada pembukaan bangunan sekolah di tapak yang baru, sebuah Lembaga Pentadbir sekolah telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ustaz Nasir b. Hj. Md. Aji pada ketika itu. Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab. Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination (LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama. Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ia akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.
Sekitar penghujung tahun 1990-an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkat ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini. PencapaianPada tahun 2011, seramai 5 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Rembau telah berjaya mendapatkan keputusan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ia merupakan satu kebanggaan kepada pihak sekolah dan para pelajar. Johan Catur Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun (2016) Peringkat Negeri Johan catur perseorangan perempuan bawah 15 tahun (2016) peringkat kebangsaan Johan Catur P15 MSSD REMBAU (2024) 3 Pelajar berjaya menampilkan diri di KESSUMA 2024 Alamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Menengah Agama Rembau |