Sekolah Kebangsaan Mawar, Sandakan
Sekolah Kebangsaan Mawar atau nama ringkasnya SK Mawar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sibuga. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mawar memiliki 224 pelajar lelaki dan 222 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 446 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009 SejarahSekolah ini mula dibuka pada 7 Januari 2002 dan dikongsi bersama dengan SMK Elopura 2. Nama sekolah ini diambil sempena nama taman perumahan yang berdekatan iaitu Taman Mawar. Selain itu, nama MAWAR juga membawa maksud Maju ke arah globalisasi, Agresif, Wawasan negara tercapai, Amalan budaya cemerlang dan Rohani yang utuh. Guru besar pertama adalah Puan Kwan Ping Sin di mana jumlah pelajar pada masa itu adalah kira-kira 165 orang. Guru besar yang kedua adalah Encik Sahak Bin Hamid dan seterusnya disambung oleh Puan Ngatila Suratman. Bilangan guru yang dahulunya 12 orang telah bertambah kepada 30 orang kesemuanya. Begitu juga dengan jumlah pelajar yang telah meningkat kepada 440 orang. Sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung pada sesi pagi tetapi pada sebelah petang diselitkan dengan aktiviti Kelas Bimbingan, Ko-Kurikulum, Kelas Tambahan dan Kursus Dalaman. Ini menunjukkan sekolah ini bergiat aktif tanpa mengira masa dan waktu. Penglibatan pelajar juga turut menyumbang kepada kemajuan sekolah kerana kebanyakan daripada pelajar dan guru tidak mempunyai masalah untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kerana kebanyakannya tinggal berhampiran Taman Mawar dan Taman Sibuga. Kedudukan PIBG yang kuat dan aktif juga membantu dalam sistem pengurusan aktiviti di SK Mawar Senarai Guru Besar
PencapaianAlamat
Pautan luarInformation related to Sekolah Kebangsaan Mawar, Sandakan |