Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim
Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Sejak 1969. atau nama ringkasnya SMK Khir Johari / SMKKJO / SMKKJ / Khirjo / Kjo ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Berop, Tanjung Malim, negeri Perak. Merupakan Sekolah Asrama Harian yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Terukir dihati murid-murid dengan slogan "Proud To Be Kjorians" mampu menghasilkan kemajuan dan kebanggaan untuk sekolah dalam akademik mahupun kokorikulum. Pelbagai kejayaan yang diperoleh atas bakat dan kebolehan guru dan terutamanya murid. Guru-guru serta murid-murid yang positif, mampu mencipta budaya yang sihat dan berjaya dalam apa jua kemahiran yang dimiliki dalam setiap individu. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari memiliki 769 pelajar lelaki dan 793 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1562 orang. Ia mempunyai seramai 126 orang guru.2009 Sekolah ini dinamakan bersempenakan nama bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Mohamed Khir Johari (29 Januari 1923 - 19 November 2006) yang juga merupakan anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. SMK Khir Johari mempunyai Kelas Seliaan Negeri (KSN) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Sekolah ini juga merupakan antara 3 Sekolah Angkat Proton Sdn Bhd. Asrama SMK Khir Johari dilengkapi dengan kemudahan awam seperti telefon awam, astaka, dewan makan, bilik asrama putera (aspura) dan puteri (aspuri), dewan makan, pondok pengawal, dan sebuah dataran. Kemudahan di dalam kedua-dua bilik asrama pula termasuklah bilik air, katil almari pakaian, bilik belajar surau,stor sukan dan lain-lain perabot di dalam bilik belajar dan bilik warden. Kemudahan di dalam dewan makan pula adalah kerusi dan meja makan, televisyen, papan kenyataan untuk menu yang lazat, dan dapur yang bersih untuk penyediaan makanan.
Alamat
Pautan TVPSS Kjorians
Lagu Rasmi Sekolahpautan lagu rasmi sekolah : sumber..(TVPSS Kjorians) Tajuk : Ilmu Neraca Hidup
Untuk membina manusia Tuntutlah ilmu penuh tenaga Hingga kita berjaya
Idaman bangsa Malaysia Kebudayaan dibina Semangat mestilah waja Taat kepada negara Untuk hidup berjasa
Untuk membina manusia Information related to Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim |