Sekolah Kebangsaan Kimondou
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kimondou memiliki 101 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 206 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009 SejarahNama sekolah kimondou diambil sempena nama sebuah kampung yang paling hampir iaitu kampung kimondou ranau. kimondou dalam bahasa melayu ialah "ada hantu atau penunggu". kini kampung kimondou tidak wujud lagi kerana penduduk sudah dipindahkan ke kampung kibbas ranau. (catatan penyumbang: Kampung Kibbas merupakan lokasi sk kimondou dan kampung ini belum wujud ketika sk kimondou ditubuhkan). Pegawai pelajaran daerah ranau yang berkhidmat pada tahun 1960 an adalah orang yang bertanggungjawab kepada penubuhan sekolah ini. Pada tahun 1963, bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah bilik darjah yang dibina daripada buluh, beratap daun rumbia dan berlantaikan tanah. Pada tahun 1997,sekolah ini telah bertukar wajah dengan terbinanya bangunan baru oleh kementerian pelajaran. Dua buah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah dan rumah guru siap dibina. Seterusnya,pada tahun 1990 an sk kimondou telah mendapat dua bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah.
PencapaianAlamat
RujukanPautan luarInformation related to Sekolah Kebangsaan Kimondou |